Cantik

5 Cara Pilih Bra Untuk Payudara Besar, Baru Selesa & Ringan Bila Bawa Badan!

2
SHARES
cara memilih bra

Sebenarnya bukan semua wanita menyukai memiliki payudara bersaiz besar kerana agak sukar mencari bra yang sesuai untuk dipakai. Disebabkan itu, amat penting untuk wanita mengetahui cara memilih bra untuk payudara yang besar.

Jadi, bagaimanakah untuk memakai bra yang sesuai untuk anda yang mempunyai payudara besar? Mari lihat 5 cara memilih bra yang selesa untuk digunakan seperti di bawah.

Baca juga: Ini Ciri-Ciri Seluar Dalam Yang Perlu Tukar, Takkan Nak Tunggu Berlubang Kot?

CARA MEMILIH BRA

 cara memilih bra

Gambar: senivpetro

5 TIPS CARA PILIH BRA UNTUK PAYUDARA BERSAIZ BESAR

1. Tali pengikat bra yang besar

Tali pengikat bra yang besar mampu menampung payudara dengan baik. Selain itu, lilitan dada akan lebih langsing dan selesa tanpa rasa risau membuat payudara anda turun.

Memiliki model bra dengan tali pengikat yang lebih besar boleh menjadi pilihan pakaian harian anda. Kebiasaannya, bra tali pengikat besar dilengkapi cangkuk 3 butang.

Fungsi pautan ini sangat sesuai untuk memegang kedudukan belakang supaya tidak terbongkok dan payudara tetap dinaikkan secara proporsional.

2. Elak pakai push up bra dan half cup

Berbeza dengan bra biasa, push up bra direka khas untuk mempunyai sokongan wayar dan pelapik buih di dalam cup-nya. Ia untuk membuat payudara lebih terangkat supaya kelihatan besar dan padat berisi.

Sebaiknya, anda yang memiliki payudara besar tidak memakai push up bra. Di mana, ia akan membuatkan payudara anda kelihatan sangat besar dan seperti terkeluar dari bra.

Selain itu, elakkan juga memilih bra model half cup yang hanya menutup separuh daripada payudara. Hal ini kerana, ia boleh membuatkan payudara anda kelihatan lebih besar dari asalnya dan terkeluar.

3. Tidak pilih bra dengan pelapik buih tebal

Tips lain yang penting untuk anda berpayudara besar ialah menghindari pemilihan bra dengan pelapik buih tebal. Ia sama seperti bentuk push up bra, anda disarankan untuk mengurangkan ‘volume’ payudara dengan tidak memakai coli berbuih tebal.

Hal ini menyebabkan payudara anda kelihatan semakin besar dan tidak proporsional. Tapi sebenarnya, model bra jenis ini pada asasnya untuk individu yang berasa kurang percaya diri dengan ukuran payudara yang kecil.

Baca juga: Ini Sebab Puting Payudara Wanita Mengeras, Terutama Yang No.1 Itu Mengancam!

4. Pilih bra secara khusus menyokong payudara besar

Anda perlu memilih jenis bra yang tepat seperti:

  • Wireless bra

Sejenis bra yang cup-nya berukuran besar untuk menampung payudara. Model bra jenis ini boleh menjadi alternatif sewaktu bersantai atau ketika tidur, kerana kebiasaannya ia memiliki material cotton yang selesa bila dipakai.

  • Strapless bra

Memiliki payudara besar harus selektif dalam memilih ukuran dan model bra. Strapless bra sangat sesuai untuk anda yang memiliki payudara besar.

Biasanya bra ini diperbuat daripada kain longgar, nipis, anjal dan mampu membuat payudara besar boleh lebih bernafas. Selain itu, strapless bra dilengkapi dengan dua hingga tiga cangkuk, sehingga anda boleh menyesuaikan ukurannya mengikut kesesuaian anda.

  • Full coverage bra

Agar payudara besar boleh mendapat sokongan yang cukup baik, anda boleh memilih full coverage bra. Model full coverage ini boleh jadi pilihan yang bijak dalam menutup seluruh bahagian payudara dan mempunyai sokongan yang sempurna.

5. Tidak beli bra bermaterial renda

Penting untuk wanita yang memiliki payudara besar untuk memperhatikan material dari bra yang akan digunakan. Cuba untuk tidah membeli bra dari material renda. Hal ini kerana, model ini tidak menyerap peluh dan membuat permukaannya menjadi tidak rata.

Sebaiknya, pilih bra berbahan halus seperti kapas. Menggunakan bra berbahan katun nyatanya dapat menyerap peluh dan boleh menjadikan bentuk payudara dari luar pakaian kelihatan cantik.

Kesimpulan

Itu sahaja tips mengenai pembelian bra untuk wanita yang memiliki payudara bersaiz besar. Lebih baik, cuba dahulu sebelum beli.

Kalau nak tahu cara pilih saiz bra yang betul, tekan link artikel di bawah.

Baca juga: Lama Sungguh Kalau Beli Coli, Ini Tips Pilih Bra & Cara Ukur Yang Betul, Barulah Payudara Selesa!

Sumber: PopMama

FT Image: cookie_studio / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×