Sihat

Pakai Bra Ada Dawai Boleh Sebabkan Kanser Payudara? Tunggu..Ini Jawapan Doktor

1
SHARES
jenis bra

“Taknak lah beli jenis bra ada dawai ni, katanya lagi senang dapat kanser payudara kalau pakai yang macam ini..”

Sudah semestinya ramai dalam kalangan wanita pernah terdengar dan berada dalam perbualan seperti di atas. Sekali sekala timbul juga persoalan adakah itu benar dan menjadi salah satu punca kepada kanser payudara yang digeruni oleh kaum wanita. Bagi mendapat penjelasan lanjut, berikut merupakan perkongsian mitos dan fakta kanser payudara dari Dr.Samhan.

Baca juga: Ramai Kata Lepas Kahwin Buah Dada Naik Jadi BESAR? Ini Sebabnya!

PAKAI JENIS BRA ADA DAWAI (UNDERWIRE) BOLEH MENYEBABKAN KANSER?

jenis bra

Ini adalah MITOS VS FAKTA bagi kanser payudara yang anda kena ambil tahu!

𝐌𝐈𝐓𝐎𝐒 :

1. Ketulan di payudara membawa makna seseorang itu menghidap kanser.

2. Memakai bra yang mengandungi dawai (underwire) meningkatkan risiko kanser payudara.

3. Kanser payudara tidak berlaku pada golongan muda.

4. Lelaki tidak boleh menghidap kanser payudara.

5. Kanser payudara hanya berisiko pada wanita yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit ini.

𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 :

1. 80% ketulan di payudara disebabkan oleh perubahan benigna (bukan kanser),kista, atau keadaan lain.

2. Institut Kanser Kebangsaan dan ACS telah menafikan dakwaan bahawa mereka yang bukan pemakai bra kurang kerap mendapat kanser payudara.

3. 25% wanita yang menghidap kanser payudara adalah muda daripada 50 tahun.

4. Setiap tahun dianggarkan lebih kurang 1700 lelaki akan didiagnosis dengan kanser payudara dan 450 akan mati. 5. 70% wanita yang didiagnosis menghidap kanser payu dara tidak mempunyai faktor risiko yang boleh dikenalpasti untuk penyakit tersebut.

jenis bra

*Jadi, kanser payudara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan tidak semestinya tidak memakai bra atau bra tanpa wayar akan mencegah anda dari terkena kanser ini. Paling penting adalah buat pemeriksaan dan rawatan lanjut jika ada sebarang masalah kesihatan ya!

Baca juga: ‘Bebaskan’ Diri Anda Dari 5 Jenis Makanan Ini Kalau Tak Mahu Sel Kanser Aktif Dalam Badan

Sumber: X @Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×