Inspirasi

#ProjekMimpi: Pelajar SPM Cekal Urus Ibu Terlantar Akibat Kanser, Pandai Bahagi Masa

22
SHARES
pelajar spm

Tugas sebagai seorang anak tidaklah sama bagi setiap individu. Ada yang hidup bersama ibu bapanya berjalan dengan mudah dan ada juga yang perlu menempuh dugaan bersama-sama ibu bapa tersebut. Seperti kisah inspirasi dari seorang pelajar SPM di Kubang Pasu, Jitra, Kedah ini yang menguruskan ibunya yang terlantar akibat kanser payudara.

Kisah ini mendapat perhatian apabila anak yang menguruskan ibu sedang sakit ini kelihatan sangat cekal dan tabah di samping menuntut ilmu.

Baca juga: #ProjekMimpi: Anak Autisme Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 18 Bulan!

PELAJAR SPM URUS DAN JAGA IBU TERLANTAR AKIBAT KANSER

pelajar spm

Foto: AWANI

Tidak pernah mengeluh dan putus asa, inilah kecekalan seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Januari tahun depan yang menguruskan ibunya yang terlantar akibat kanser payudara tahap empat sebelum ke sekolah.

Adik yang bernama Muhammad Imran Mohd Adnan, 17 tahun ini merupakan anak kedua daripada empat beradik. Bukan sahaja bakal menduduki peperiksaan besar iaitu SPM, dia juga bijak membahagikan antara mengulang kaji pelajaran dan menguruskan ibunya, Hazalina Md Arof, 45 tahun.

Antara rutin harian Muhammad Imran adalah setiap pagi selepas solat Subuh dia akan membuat sarapan, memberi ubat dan menukar lampin pakai buang ibunya sebelum siapkan diri dan dua adiknya Muhammad Ilyas, 11, dan Muhammad Ilham, 5, untuk ke sekolah.

Sebaik sahaja pulang dari sekolah pula, dia akan uruskan keperluan makanan seperti masak untuk makan tengah hari dan memberi makan kepada adik dan ibunya. Tugas menguruskan keluarga terutama ibunya yang sedang sakit ini dipikul Muhammad Imran selepas abang sulung Muhammad Iqbal, 20, menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UITM) di Perlis.

Bukan itu sahaja, bapanya Mohd Adnan Jalaludin, 52, pula keluar berniaga sate di Pekan Kodiang setiap hari sejak pagi hingga malam untuk menyara keluarga. Ibunya dikesan mempunyai kanser payudara apabila terdapat ketulan di ketiak kanan.

PELAJAR SPM

*Begitu cekal dan murni didikan anak-anak ini yang berbakti dalam menuntut ilmu serta menjaga kepeluan ibu bapa serta keluarga yang memerlukan. Semoga segala usaha yang dilakukan akan dibalas dengan kejayaan dalam keputusan peperiksaan kelak.

Baca juga: Pertama Dalam Sejarah, Penerbangan Air India Hanya Bawa Krew & Jemaah Haji Wanita Sahaja!

Sumber: AWANI, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×