Inspirasi

Iceland Bakal Negara ‘Down’s Syndrome-Free’ Dalam Tempoh 20 Tahun, Tiada Bayi Down Syndrome Dilahirkan

68
SHARES
down syndrome

Mungkin ramai lagi dalam kalangan kita yang tidak celik dan peka tentang kelahiran Down Syndrome dan menganggap bahawa semua ini adalah beban. Keadaan Down Syndrome ini adalah disebabkan kelainan yang berlaku pada bahagian kromosom, iaitu kumpulan DNA yang dipadatkan di dalam bentuk seperti benang. Namun, tahukah anda bahawa Down Syndrome ini bakal lenyap di negara Iceland dalam tempoh 20 tahun lagi?

Bagaimana ia berlaku?

Baca juga: Anak Jantung Berlubang, Ibu Kongsi Pentingnya Buat Anatomy Detailed Scan

DOWN SYNDROME BAKAL LENYAP DARI NEGARA ICELAND DALAM TEMPOH 20 TAHUN LAGI

Gambar hiasan.

Berdasarkan perkongsian dari Public Health, Down Syndrome bakal lenyap dari negara Iceland dan beberapa negara maju lain dalam tempoh kurang 20 tahun lagi.

Ya, negara negara maju ini dijangka akan mencapai tahap “Down’s Syndrome-free”menjelang tahun 2030. Di Iceland, seratus peratus bayi yang telah disahkan mengalami Down Sydrome akan digugurkan. Mengikut trend kelahiran terkini, TIADA bayi down syndrome yang dilahirkan di bumi Iceland sejak 5 tahun lalu.

Di negara negara lain seperti US, kadar penguguran bayi Down Syndrome mencecah 67%, manakala Perancis 77%, dan Denmark 98%. Antara faktor yang menyebabkan peningkatan prosedur penguguran bayi Down Syndrome ini adalah kerana peningkatan ujian sariangan pranatal yang semakin mendapat perhatian dikalangan wanita hamil. Di Iceland contohnya, 4 dari 5 wanita hamil akan memilih untuk menjalankan ujian saringan ini.

Selain itu, faktor perundangan di negara tersebut juga menyokong prosedur pengguguran ini. Undang undang di Iceland membenarkan prosedur penguguran bagi mana mana kandungan selepas 16 minggu sekiranya telah di sahkan mengalami kecacatan- termasuk Down Syndorme..

Bagaimana pula dengan situasi di Malaysia?

Di Malaysia, ujian saringan pranatal turut dijalankan. Ianya penting untuk mengetahui tahap kesihaan bayi yang sedang di kandungkan. Saringan serta pengesanan awal juga digalakkan untuk mempersiapkan ibu dan keluarga dengan persiapan fizikal, mental dan sokongan emosi.

Namun undang undang sedia ada di Malaysia MELARANG prosedur penguguran bayi yang telah disahkan mengalami kecacatan seperti Down Syndrome KECUALI sekiranya kehamilan itu boleh mengancam kesihatan ibu tersebut. 1 dari 800 kelahiran di Malaysia adalah bayi Down Syndrome.

KITA membenarkan dan mahu kanak kanak istimewa ini lahir ke bumi bertuah Malaysia. Namun agak malang dan menyedihkan sekiranya KITA tidak prihatin, tidak peduli, tidak memberi sokongan dan menghulurkan bantuan kepada keluarga dan individu Down Syndome ini.

CARA NAK KENAL ANAK ALAMI DOWN SYNDROME

Kini dengan kemajuan teknologi perubatan, usia individu Down Syndrome boleh mencecah usia 60- 70 tahun, sama seperti populasi lain. Individu Down Syndrome dan ahli keluarga mereka memerlukan sokongan dan bantuan dari kita semua. Mereka tidak perlu didiskriminasi tetapi perlu difahami. Kanak-kanak ini juga mempunyai emosi dan perasaan sama seperti manusia yang lain.

Berikut merupakan beberapa tanda bahawa anak mengalami Down Syndrome:

-Jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.

– Satu garisan lurus di tapak tangan.

-Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata ke atas.

Sumber: Public Health, CBSNews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×