Inspirasi

Ini Budaya ‘Nuchi’ Orang Korea Amalkan, Patutlah Layanan Selalu Baik & Sweet Macam Dalam KDrama

12
SHARES

Bila sebut sahaja negara Korea, pasti kita akan tergambarkan keindahan lokasi perlancongan, makanan yang enak dan juga jejaka dan gadis cantik seperti dalam K-drama bukan? Buat anda yang pernah ke sana, pasti anda akan rasa kelainan terutama sekali dari segi tingkah laku dan amalan budaya berkaitan dengan layanan terhadap manusia. Inilah yang dipanggil ‘Nuchi’, kebolehan untuk membaca fikiran dan situasi yang dialami oleh orang.

Bukan sahaja menjadi amalan orang di sana dalam berinteraksi sesama sendiri, amalan ini juga diterapkan dalam ‘parenting’ dimana mempelajari konsep kecerdasan emosional dan kemampuan bijaksana. Kiranya, kalau pergi ke Korea memang layan orang awam macam apa yang ditonton dalam drama!

Baca juga: 5 Lokasi Percutian Luar Negara Pasca PKP Untuk Beginner, Selamat & Best!

AMAL BUDAYA NUCHI, BETUL LAH LAYANAN ORANG KOREA MACAM DALAM KDRAMA

Seperti yang dikongsikan oleh saudara Roy Fadzil di laman Facebooknya, dia merasai sendiri pengalaman mendapat layanan yang sangat baik dari orang di Korea. Malah orang yang tidak dikenali pun dianggap seperti orang rapat bila meraka amalkan konsep Nuchi.

Betul la orang korea ni praktik nunchi. Sebelum ni dapat info daripada buku je. Siapa yang pernah baca buku nunchi, memang tahu la budaya Korea. During my second time visit Korea ni. Dapat la tengok reality nunchi orang-orang Korea.

Nunchi ni adalah rahsia bagaimana orang korea, hidup bahagia, kaya dan berjaya. Ramai orang Korea guna prinsip Nunchi. Especially orang yang berniaga, celebrities, atau orang politik.

Nunchi is the art of sensing what people are thinking, feeling, and responding appropriately. Nunchi adalah seni memahami apa yang orang lain, fikir, apa yang orang nak, rasa dan bagaimanapun kita boleh bantu . Sebab tu, negara korea sekarang no 5 terkaya di dunia. Korea punya artis, athlete, celebrities, food, branding, technology, semua berkelas dunia.

– Masa beli baju kat mall, auntie tu layan baik sangat. Nampak kita sejuk, dia ambik satu jacket bagi kita pakai dulu untuk cover sejuk. Daripada nak tengok-tengok je, terpaksa beli jugak. Sebab dia layan baik sangat.

– Wife nak beli barang-barangmake up, ngam2 sampai kat depan pintu, kedai nak tutup awal, sebab tauke nak celebrate Christmas. Nampak kita macam frust jer, owner kedai tak sampai hati. Suruh la kita orang masuk. Masa tengah tunggu wife pilih-pilih make up, dia bagi abang heater untuk panaskan badan.

Yang bestnya.. Macam-macam hadiah pulak dapat daripada tauke kedai tu. Sebab kita orang last customer katanya. Ataupun mungkin abang yang handsome kot.

– Tangan kena sauce masa makan kebab, cari-cari tisu tak jumpa. Tiba-tiba pelanggan lain datang hulurkan tisu.

– Masa kat subway station. Ada sorang awek kpop ni berlari-lari datang kat abang. Ingatkan nak mintak autograph ker apa. Rupa-rupanya dia nak bagitau yang abang lupa ambik balance abang kat machine tu.

Memahami atau menyelami apa yang orang lain fikir, nak, rasa, dan fikir, rasa dan bagaimanapun mereka boleh membantu. Itu adalah budaya Korea. They call it Nunchi.

Sebab tu la, artis-artis Korea, restoran Korea, makanan Korea, drama Korea, kereta Korea, handphone Korea, make up dan macam-macam lagi jenama Korea, laris macam goreng pisang panas kat seluruh dunia. Dorang ada prinsip nunchi dalam bisnes. Bukan nak menjual, tetapi nak membantu. Apa yang dorang boleh give.The key…

Kalau tahun-tahun sebelum ni.Kepala otak kita asyik nak menjual dan asyik fikir untung jer. Cuba kita latih otak kita hari-hari untuk fikir nak membantu. Apa yang boleh kita give. Bukan nak menjual.

Nak bantu orang cantik.
Nak bantu orang sihat.
Nak bantu orang kurus.
Nak bantu orang buat duit.
Nak bagi orang kenyang.
Nak bagi orang happy.
Nak bagi orang ilmu.

Kalau sebelum ni asyik banyak nak receive jer.Baik kita tukar jadi banyak-banyak give. When you give. .You receive. The more you give..The more you receive. Insyallah.

Sumber: Roy Fadzil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×