Percutian

5 Lokasi Percutian Luar Negara Pasca PKP Untuk ‘Beginner’, Selamat & Best!

44
SHARES

Setelah dua tahun kita tidak dapat melancong ke luar negara kerana ancaman wabak Covid19, nampaknya kini sudah ada sinar untuk kita kembali berjalan-jalan! Namun, banyak negara yang sudah mengambil langkah waspada untuk menerima kemasukan pelancong dan banyak prosedur yang perlu anda lalui termasuklah pemeriksaan kesihatan.

Bila sudah lama tak travel, mesti ramai dalam kalangan kita akan menjadi agak kekok dan memilih dengan teliti lokasi manakah yang sesuai untuk ‘beginner’. Oleh itu, berikut merupakan lima lokasi percutian luar negara pasca PKP untuk ‘beginner’. Yang penting selamat dan best!

Baca juga: Senarai Pakej Percutian Penjawat Awam & Pesara Kerajaan, 3 Hari 2 Malam Ke Destinasi Menarik!

5 LOKASI PERCUTIAN LUAR NEGARA PASCA PKP

1.HATYAI

credit : Mohd Azli Abdul Malek via flickr.com

Salah satu lokasi percutian luar negara yang mendapat perhatian selepas pasca PKP adalah Hatyai, Thailand. Tidak terlalu jauh dari Malaysia, Hatyai membariskan pelbagai tempat menarik untuk beginner dan juga keluarga. Antaranya adalah ‘Elephant Tracking’ di Chang Puak Camp. Di Chang Puak Camp ini anda akan dapat merasai sendiri pengalaman menaiki gajah dan menikmati pemandangan sekitarnya

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang ingin shopping juga kan? Nora Plaza adalah lokasinya kerana ia merupakan sebuah tempat membeli belah yang agak popular di bandar Hatyai. Bukan itu sahaja, anda juga boleh ke Ranu Kohyo yang merupakan  salah satu kilang kacang gajus yang terkenal di Thailand Hatyai.

credit : www.krabiandamantour.com/chicken-island.php

Kalau tak cukup dengan satu lokasi membeli-belah, lokasi kedua adalah Kaysorn Souvenir Hatyai. Kaysorn adalah salah satu tempat yang wajib anda kunjungi sebelum pulang kerana menjual barangan cenderahati yang sangat cantik. Cakap soal makanan sudah pastinya banyak lokasi makanan yang sedap-sedap belaka. Salah satu lokasi wajib adalah Khlong Hae Seafood merupakan restoran seafood yang halal, murah dan terkenal di Hatyai, Thailand. Pelbagai jenis seafood yang dijual disini antaranya ialah udang, sotong, kerang, siput, kupang dan berbagai bagai jenis makanan laut.

credit : www.bukalapak.com/p/food/cemilan-snack/br33xf-jual-koh-kae-snack-kacang-thailand

2.SINGAPURA

Credit: https://adamanitravel.com/

Selain Thailand, kita bergerak pula ke salah sebuah lokasi menarik percutian luar negara di sebelah selatan iaitu Singapura. Tidak terlalu jauh dan ‘urban’, Singapura pastinya juga mempunyai banyak tempat menarik untuk anda yang sukakan suasana ‘city’. Antaranya adalah Universal Studio Singapore yang merupakan satu-satunya cawangannya di Asia Tenggara dan merupakan salah satu francais Universal Studio daripada 5 cawangan di dunia termasuk di Hollywood, Jepun, Korea Selatan, dan Florida.

Credit: https://adamanitravel.com/

Selain itu, Gardens by the Bay juga boleh dikunjungi untuk anda melihat bangunan yang unik berbentuk seperti cengkerang dan di dalamnya anda dapat merehatkan mata anda dengan kehijauan dan kecantikan flora. Gardens by the Bay ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bay Central Garden, Bay East Garden dan Bay South Garden. Cantik nak ‘OOTD’!

Seterusnya, memang tak sah melancong ke Singapura kalau tak melawat tarikan utamanya iaitu Marina Bay Sands. Pernah dengar tentang Las Vegas kan? Kalau nak tahu, Marina Bay Sands ini dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia iaitu S$8 bilion!

Nak shopping? Anda hanya perlu ke lokasi popular dan wajib iaitu Orchard Road merupakan pusat membeli belah yang terkenal dan menjual barangan berjenama yang terkini di Singapura. Harga pun boleh tahan murah dari di negara kita. Dah puas berjalan di Singapore mesti nak bawa balik sesuatu sebagai cenderahati kan? Tapi bajet pula tak banyak sebab dah beli tiket lawatan dan makan minum kat Singapore, maka Bugis Streetlah lokasinya untuk bershopping dengan murah.

3.BANGKOK

Credit: Hotels.com

Selain Hatyai, satu lagi lokasi yang sesuai untuk ‘beginner’ di Thailand adalah Bangkok. Bagi kebanyakan mereka yang datang berkunjung ke Bangkok, Wat Pho merupakan antara destinasi utama yang menjadi tumpuan mereka. Ia merupakan tempat kepada patung “Reclining Buddha” yang setinggi 15 meter dan mempunyai kepanjangan sebanyak 46 meter.

Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Grand Palace kerana ia merupakan antara destinasi yang tidak patut anda lepaskan untuk dilawati. Ada yang mengatakan jika anda tidak berkunjung ke istana ini, anda tidak sepatutnya bergerak menuju ke destinasi tumpuan yang lain. Jadi, letak dalam list siap-siap lokasi Grand Palace ini!

Credit: lonelyplanet.com

Tak sah kalau anda tak suka shopping kan? Oleh itu, ayuhlah ke Chatuchak Market merupakan antara destinasi yang wajib dan menjadi bualan ramai untuk anda kunjungi. Ini merupakan tempat yang paling patut anda jauhi kerana pada hari ia beroperasi iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, sebanyak 200 000 pengunjung akan hadir setiap hari. Ramai tu kena bersesak-sesak jadi pastikan gerak awal.

Credit: travelmanagers.com

Harga makanan-makanan yang dijual pula adalah mengikut kadar harga yang diberikan kepada penduduk setempat maka anda tidak perlu bimbang akan harga yang mahal yang biasanya dikenakan kepada pelancong seperti mana yang sering berlaku di destinasi percutian yang lain.

4.JAKARTA

Credit: tripadvisor.com

Selain Thailand dan Singapura, Indonesia juga menjadi pilihan pasca PKP untuk anda yang baru sahaja kembali melancong. Lokasi yang sesuai adalah Jakarta kerana berada dalam kedudukan bandar dan mudah dari segi pengangkutan awam. Daripada sejarah kepada membeli-belah kepada seni dan seni bina, Jakarta mempunyai banyak tawaran untuk bersiar-siar.

Lokasi pertama yang anda perlu lawati adalah Tugu Negara. Struktur setinggi 132 meter ini dibina untuk memberi penghormatan kepada perjuang Kemerdekaan. Anda boleh sama ada menikmati pemandangan seni bina yang menakjubkan ini dari bawah atau anda boleh mendaki sehingga ke puncak dan menikmati pemandangan bandar yang menakjubkan.

Credit: https://www.liputan6.com/

Seterusnya adalah Taman mini Indonesia Park merupakan tempat yang mesti dikunjungi untuk anda. Taman ini mempunyai keluasan 250 ekar dan penuh dengan warisan dan tradisi yang menjadikan Indonesia menonjol daripada orang ramai. Anda akan menemui beberapa astaka tema. Boleh belajar sejarah!

Credit: Indonesia Travel

Buat anda yang sukakan Sejarah, boleh berkunjung Muzium Negara Indonesia terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka dan antara tempat popular untuk dilawati di Jakarta Indonesia. Muzium ini mempunyai koleksi artifak yang menakjubkan yang memberikan perspektif terperinci tentang sejarah dan warisan budaya Indonesia.

5.JEJU

Pinterest

Kali ini kita terbang jauh sikit dari lokasi-lokasi di atas iaitu ke Pulau Jeju, Korea! Selalu nampak pemandangan yang indah Pulau Jeju di dalam drama Korea sahaja kan? Apa kata jadikan ia sebagai realiti lokasi percutian pasca PKP anda.Pulau ini sangat kaya dengan sumber alam semula jadi dan pemandangan bak syurga dunia ini bakal memukau sesiapa sahaja yang mengunjunginya.

Antara lokasi menarik yang anda perlu lawati adalah Songsan Ilchulbong, merupakan bekas gunung berapi yang telah wujud di Jeju sejak 100,000 tahun dahulu. Istimewanya kawasan ini, kita dapat melihat kawah gunung yang sangat cantik di tepi laut.

Trazy.com

Seterusnya adalah Yongmeori Coast yang terletak betul-betul di depan Gunung Sanbang. Ia merupakan sebuah tebing tinggi di sepanjang laluan tepi laut. Tebing dengan jaluran semulajadi di permukaannya ini terjadi daripada hakisan angin sejak ribuan tahun hingga membentuk tebing yang curam dan berjalur. Nak bergambar pun cantik!

Sebut pasal Jeju mestilah tak sah kalau tak ke pantai bukan? Terdapat banyak pantai di Pulau Jeju, namun, antara pantai yang pasirnya putih bersih adalah Pantai Woljeong. Bagi anda yang sukakan fotografi, pasti anda akan puas hati dapat merakam gambar pemandangan di sini. Air laut memang biru dan jernih!

Credit: JejuMuslimTravel

Selain itu, Gimnyeong Maze Park juga harus dimasukkan dalam senarai kerana ia merupakan antara taman rekreasi yang popular di Korea. Jika anda teringin untuk mencuba permainan maze, boleh ke Gimnyeong Maze Park yang terdapat di Pulau Jeju. Bukan itu sahaja, kalau di Cameron Highland kita kutip buah strawberi, di Jeju pula ada Tangerine Farms di mana anda berpeluang merasai pengalaman memetik buah limau. Ladang buah limau adalah satu lagi perkara yang sangat sinonim dengan Pulau Jeju.

*Jadi, nak plan ke mana?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×