Kini Trending

Senarai Pakej Percutian Penjawat Awam & Pesara Kerajaan, 3 Hari 2 Malam Ke Destinasi Menarik!

30
SHARES
pakej percutian penjawat awam

Berita baik untuk penjawat awam dan pesara kerajaan, anda mempunyai kelebihan untuk bercuti dan berlibur selama 3 hari 2 malam ke beberapa destinasi perlancongan popular dalam negara. Semua ini berada di bawah #PakejCutiPenjawatAwam yang berlangsung sehingga 30 Jun 2022 ini.

Apa yang menarik adalah senarai lokasi yang disenaraikan beserta harga pakej yang berpatutan untuk seisi keluarga. Jom tengok apa pilihan yang anda boleh pilih.

Baca juga: 5 Barang Hotel Anda Boleh Ambil Sebelum Checkout Bilik

SENARAI PAKEJ PERCUTIAN PENJAWAT AWAM & PESARA KERAJAAN

1.Island hopping di Mersing dan Taman Negara Johor Endau Rompin (PETA)

HARI PERTAMA:

-Berkumpul seawal jam 8 pagi di Jeti Mersing sebelum pengunjung dibawa oleh pemandu pelancong meninjau keindahan Pulau Tengah, Pulau Hujung dan Pulau Besar, persis kepulauan Maldives menggunakan bot laju.

-Untuk juadah makan malam pula, anda boleh menikmati sajian makanan laut di Brother Joe Ikan Bakar Seafood, dengan perbelanjaan sendiri.

HARI KEDUA:

-Bersarapan di hotel dan terus ke Pejabat Pendaftaran PETA di Kahang untuk pendaftaran dan taklimat ringkas. Rombongan akan dibawa menempuh laluan mencabar dengan kenderaan pacuan empat roda sebelum menaiki bot dari Jeti Peta ke Jeti Pacau.

-Kemudian, siap sedia untuk memulakan penjelajahan ke Kuala Marong, Air Terjun Upeh Guling dan Tasik Air Biru sambil menikmati keindahan hutan yang mempesonakan.

HARI KETIGA:

-Selepas selesai bersarapan di hotel, anda akan dibawa menikmati juadah popular di Restoran Kari Kambing 40 Hari (perbelanjaan sendiri).

Harga: Bermula RM630 seorang (minimum 4 orang)

Aktiviti: Island hopping di tiga pulau, jelajah hutan dan water tubing. Pakej termasuk penginapan, bayaran masuk, yuran pemuliharaan, insurans, pengangkutan dan makanan.

(Promosi ini sah hingga 30 Jun 2022)

2.Keajaiban Tabin Wildlife Safari, Sabah

HARI PERTAMA:

-Dengan pakej yang ditawarkan, rombongan akan disambut di Lapangan Terbang Lahad Datu, Sabah dan dibawa terus ke hutan hidupan liar terbesar di Malaysia iaitu Tabin Wildlife Reserve.

-Di sana, pelancong akan melawat Galeri Dewan Trogon selain mengunjungi Gunung Berapi Lipad yang masih aktif.
Jangan lupa untuk mencuba lumpur gunung berapi yang dikatakan boleh menaikkan seri kulit.

-Pada sebelah malam, video keajaiban alam semula jadi di Tabin Wildlife Reserve akan dipertontonkan, ketika anda menikmati juadah yang disediakan sebelum aktiviti safari malam bermula.

HARI KEDUA:

-Seawal jam 6.30 pagi, pengunjung dipelawa untuk menyertai aktiviti bird walk. Selepas bersarapan, aktiviti diteruskan dengan menelusuri trek ke Air Terjun Lipad.

-Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk berendam di kolam semula jadi.

-Aktiviti pemanduan senja pula menjanjikan pengalaman melihat hidupan liar dengan lebih dekat.

HARI KETIGA:

-Selepas menikmati sarapan pagi yang enak, pelancong bebas melakukan aktiviti santai sebelum mendaftar keluar pada jam 1.30 petang.

-Sijil penyertaan aktiviti di Tabin Wildlife Reserve akan diberikan sebagai tanda kenang-kenangan.

Harga: Bermula RM550

Aktiviti: Bermain lumpur Gunung Berapi Lipad, bermandi-manda di Air Terjun Lipad dan aktiviti safari malam. Pakej termasuk penginapan, makanan, pengangkutan dan permit.

(Promosi sah hingga 30 Jun 2022)

3.Keunikan Pulau Legenda Langkawi

HARI PERTAMA:

-Apa kata anda mulakan aktiviti liburan dengan bersnorkel di Taman Laut Pulau Payar yang kaya dengan terumbu karang berwarna-warni dan ikan jinak. Tahukah anda, pengunjung juga berpeluang untuk memberi makan kepada anak jerung?

HARI KEDUA:

-Tidak sempurna rasanya jika tidak menaiki kereta kabel di Panorama SkyCab Langkawi hingga ke puncak Gunung Mat Chinchang.

-Nikmati panorama indah sambil mencuba sajian tengah hari di Sky Bistro.

-Kemudian, penuhi hari anda dengan melayari Langkawi Day Cruise Paradise 101 yang membangkitkan suasana romantik tatkala menyaksikan pemandangan matahari terbenam.

HARI KETIGA:

Noktahkan percutian dengan menelusuri Sungai Kilim yang kaya dengan kepelbagaian spesies helang dan bakau unik.
Sebelum pulang, jom cuci mata dengan membeli-belah di kawasan bebas cukai.

Harga pakej: Bermula RM99 hingga RM1,890

Aktiviti: Bersnorkel, Panorama SkyCab Langkawi, Langkawi Day Cruise Paradise 101 dan meneroka hutan bakau.

(Promosi sah hingga 30 Jun 2022)

4.Jejak Mutiara Timur Pulau Pinang

HARI PERTAMA:

-Sama ada berlepas dengan bas dari Butterworth atau Lapangan Terbang Pulau Pinang, pengunjung akan dibawa terus ke Kampung Agong, Penaga yang menjadi tumpuan sebagai destinasi instagrammable.

-Anda juga berpeluang melawat Pusat Arkeologi Guar Kepah dan bersiar-siar di Street Art Penang serta perkampungan terapung nelayan di Clan Jetty.

HARI KEDUA:

-Rasai sendiri pengalaman mengujakan dengan menyertai aktiviti lasak sehari suntuk di ATV Eco Tour Penang, Archery Recreation Centre Penang dan Countryside Stables Penang.

-Jangan lepaskan kemeriahan suasana di Pasar Malam Batu Ferringhi yang menawarkan pelbagai makanan unik.

HARI KETIGA:

Aktiviti bergantung kepada pilihan anda sama ada mahu mengunjungi lokasi menarik di Bukit Bendera, Chow Rasta, Pulau Jerejak, Muzium Interaktif atau di Bandar Warisan Georgetown.

Harga pakej: Bermula RM350

Aktiviti: Lawatan ke Kampung Agong, Pusat Arkeologi Guar Kepah, Street Art Penang, Clan Jetty dan pelbagai aktiviti lasak. Pakej termasuk penginapan, sarapan pagi, pemandu pelancong dan pengangkutan.

(Promosi sah hingga 30 Jun 2022)

5. Aktiviti berakit dan bersnorkel di Sarawak

HARI PERTAMA:

-Seawal jam 8 pagi, rombongan akan dibawa ke sebuah perkampungan Bidayuh di Kampung Peraya, Padawan iaitu sejam perjalanan dari bandar Kuching. Selepas diberi taklimat ringkas, aktiviti air yang menyeronokkan akan dimulakan.

-Selain bermandi-manda, pengunjung juga boleh meneruskan kayuhan rakit hingga ke inap desa yang menjadi tarikan pelancongan di sana.

HARI KEDUA:

-Pemandu pelancong akan menjemput pengunjung menikmati pemandangan pagi di Pasar Serian yang popular dengan pelbagai produk tempatan segar selain singgah ke Medan Niaga Satok.

-Pelbagai jenis bunga, kek tempatan, sayur kampung dan banyak lagi boleh dibeli sebelum pulang semula ke Kuching pada jam 1 petang.

HARI KETIGA:

-Rombongan akan dibawa ke perkampungan nelayan di Telaga Air sebelum menaiki bot merentasi Laut China Selatan untuk ke Pulau Satang. Sambil berkelah di pantai yang indah, hayati keindahan dasar laut dengan bersnorkel.

Harga pakej : Bermula RM950 (minimum 2 orang)

Aktiviti: Berakit, lawatan pasar dan bersnorkel. Pakej termasuk penginapan, sarapan pagi, makan tengah hari, pemandu pelancong, bayaran masuk dan pengangkutan.

(Promosi sah hingga 30 Jun 2022)

6. Jelajah permata tersembunyi di Taman Negara Pahang

HARI PERTAMA:

-Tiba di Taman Negara Pahang dan mendaftar masuk bermula jam 2 petang di Danz Eco Resort. Bagi mereka yang datang dengan kenderaan sendiri, tempat letak kereta disediakan dengan caj RM10 sehari.

-Aktiviti santai dimulakan dengan safari malam pada jam 8.30 malam. Anda berpeluang untuk meninjau hidupan yang aktif di sekitar hutan.

HARI KEDUA:

-Selepas bersarapan pagi, pengunjung akan dibawa menjelajah hutan di Bukit Teresek serta di laluan kanopi sebelum menjamah makanan yang disediakan pada jam 12.30 tengah hari.

-Lonjakan adrenalin anda akan bermula dengan aktiviti rapid shooting sepanjang sungai sebelum mengunjungi perkampungan Orang Asli.

HARI KETIGA:

-Aktiviti diteruskan dengan beriadah dan bermandi-manda di Sungai Tembeling sebelum mendaftar keluar pada jam 12 tengah hari.

Harga: Bermula RM280 seorang

Aktiviti: Safari malam, jelajah hutan, rapid shooting, lawatan ke perkampungan Orang Asli dan bermandi-manda di sungai. Pakej termasuk penginapan, makanan dan pengangkutan.

(Promosi sah hingga 30 Jun 2022)

7. Hayati khazanah berharga di Royal Belum, Perak

HARI PERTAMA:

-Berkumpul di Jeti Awam Royal Belum untuk taklimat keselamatan sebelum bergerak ke perkampungan Orang Asli.

-Aktiviti santai seperti bermandi-manda, aktiviti water confident dan berkayak, antara yang disediakan. Barbeku juga antara aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama pada sebelah malam.

HARI KEDUA:

-Selain ke lokasi air terjun, program juga akan dipenuhi dengan aktiviti meneroka hutan. Jika bernasib baik, anda berpeluang untuk melihat bunga terbesar di dunia, Rafflesia yang sedang mekar.

-Jika anda masih belum puas berkayak pada hari pertama, anda boleh melakukan aktiviti tersebut pada sebelah petang.

HARI KETIGA:

-Aktiviti bebas sebelum pulang ke jeti, namun anda boleh memilih sebarang aktiviti tambahan bergantung kepada pakej yang ditawarkan.

Harga pakej: Bermula RM450 (minimum 20 orang)

Aktiviti: Berakit, lawatan ke perkampungan Orang Asli, jelajah hutan dan air terjun. Pakej termasuk penginapan rumah bot jenis asrama, insurans, permit dan makanan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.malaysia.travel/deals untuk melihat pakej-pakej percutian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pilih jangan tak pilih sebab memang berbaloi!

Sumber; Malaysia Travel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×