Ibu mana yang tak khuatir akan keselamatan zuriat yang dikandung walaupun teringin sangat nak berjalan jauh. Disebabkan itu, pada kali ini penulis ingin kongsikan panduan travel ibu hamil supaya dapat membantu anda kekal bergerak aktif sambil menjaga keselamatan diri dan kandungan.
Tips untuk ibu hamil ini telah dikongsikan oleh Doktor Afida Sohana yang merangkumi sewaktu pulang ke kampung, menaiki kapal terbang, dalam perjalanan panjang dan cara memakai tali pinggan keselamatan (keledar).
Baca juga: Aduh! Tiap Kali Baby Menyusu Mesti Puting Payudara Pedih, Ini Punca & Petua Merawatnya
PANDUAN TRAVEL IBU HAMIL
Semoga perkongsian ini dapat meredakan kegusaran yang ada pada ibu hamil terutamanya kepada mereka yang pertama kali mengandung. Jom baca!
1. SEWAKTU MENAIKI KAPAL TERBANG
Naik kapal terbang?
- Pastikan tempoh yang dibenarkan untuk travel. Lain syarikat penerbangan, lain syaratnya.
- Dapatkan surat ‘fit to fly’ dari doktor!
- Flight lebih 4 jam, risiko darah beku, jadi:
- kekalkan hidrasi
- senaman kaki tiap 30 minit
- pakai stokin DVT/flightsocks
2. SEWAKTU PULANG KE KAMPUNG
Balik kampung semasa hamil?
- Jangan lupa buku pink!
- Kenal pasti klinik atau hospital berdekatan dengan destinasi.
- Sebelum ‘travel’, jumpa dan bincang dengan doktor. Tiap orang lain situasi kehamilannya!
- Jika ke luar negara, pastikan insurans include masalah kehamilan.
3. SEWAKTU DALAM PERJALANAN PANJANG
Perjalanan panjang dalam kereta?
- Berhenti setiap 2 – 3 jam untuk bangun berjalan. Penting bagi mengurangkan risiko darah beku (DVT).
- Minum air secukupnya untuk mengekalkan hidrasi.
- Buat senaman kaki di dalam kenderaan.
- Pakai stokin DVT / TEDs stockings.
4. CARA IBU HAMIL PAKAI TALI PINGGANG KESELAMATAN
Cara selamat memakai seatbelt semasa hamil.
- Pastikan ‘tali atas’ terletak di bahu dan lalu antara payudara. JANGAN letak di leher atau tolak ke belakang!
- ‘Tali bawah’ berada di BAWAH perut atau atas peha. JANGAN letak atas perut!
Safe travels!
VIDEO PENUH MEMAKAI TALI PINGGANG KESELAMATAN:
Boleh tonton video di bawah untuk penerangan yang lebih jelas.
Video version on how to put your seatbelt on when you are pregnant.
Safe journey #balikkampung di #Aidilfitri #DrAfidaSohana #MedTweetMY #KlinikPakarWanitaMetroBukitTinggi pic.twitter.com/lqDFeFc47m— Dr Afida Sohana (@AfidaSohana) April 19, 2023
Sumber: Twitter Afida Sohana