40 Minggu

Aduh! Tiap Kali Baby Menyusu Mesti Puting Payudara Pedih, Ini Punca & Petua Merawatnya

14
SHARES
puting susu luka

Puting susu luka atau melecet merupakan kondisi yang biasa terjadi kepada ibu yang baru melahirkan bayi. Di mana, posisi lekapan mulut bayi pada bahagian areola payudara ibu yang kurang tepat merupakan antara punca ia terjadi.

Justeru itu, bagi mengurangkan keperitan ini. Di bawah, terdapat beberapa punca yang perlu anda ketahui dan petua untuk merawatnya. Semoga info ini dapat membantu para ibu.

Baca juga: Anda Ibu Hamil Sangkut GDM? Ini Tips Kawal Makanan, Barulah ‘Clean’ Bacaan!

PUTING SUSU LUKA

puting susu luka

PUNCA PUTING MELECET

1. POSISI LEKAPAN YANG SALAH

Posisi lekapan yang salah ketika menyusu badan merupakan sebab utama terjadinya puting luka. Kebiasaannya, selama 2 ke 4 hari selepas bersalin, ibu akan merasa nyeri di bahagian puting kerana masih dalam proses menyesuaikan diri dengan hisapan mulut bayi.

Posisi mulut bayi berada dalam posisi tepat pada payudara, dapat mengurangkan rasa nyeri. Rasa kurang selesa itu akan hilang dalam satu ke dua hari setelah susu ibu semakin lancar keluar.

Namun, sebaliknya akan terjadi jika bayi tidak boleh memasukkan bahagian areola payudara secara penuh ke dalam mulut ketika menyusu. Ini akan menyebabkan lidah dan lelangit bayi jadi punca puting lecet, luka sekaligus berdarah.

2. JANGKITAN KUMAN PADA KULIT PUTING

Jangkitan kuman pada kulit puting, membuatkan ia seolah terbakar. Infeksi ini juga boleh ada dalam mulut bayi dan boleh menyebabkan jangkitan pada bayi anda juga.

Sekiranya puting payudara kelihatan berbeza dari kebiasaan, seeloknya diteliti bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang menyebabkan anda kesakitan dan rasa tidak selesa.

3. JANGKITAN PADA SALURAN SUSU

Masalah ini juga boleh berlaku, di mana ia menyebabkan puting membengkak dan akhirnya melecet. Ia dikatakan amat menyakitkan hingga boleh buat si ibu demam.

4. PAYUDARA MELEPUH

Payudara melepuh adalah warna putih di hujung puting. Payudara melepuh juga boleh terjadi jadi sekiranya anda rasa payudara seakan kering. Maka, segeralah sapukan krim yang sesuai dan selamat.

5. SINDROM RAYNAUD

Sindrom ini merupakan keadaan apabila puting berubah jadi putih setelah menyusu dan sakit ketika haid. Sekiranya anda alami masalah ini ketika haid, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubatan yang sesuai bagi mengelak ia semakin teruk dan menyebabkan anda rasa sakit berterusan.

PETUA RAWAT PUTING LUKA

puting susu luka

1. PERAHKAN SEDIKIT SUSU & SAPUKAN PADA PUTING SELEPAS BAYI MENYUSU

Perahkan sedikit susu atau kolustrum dan kemudian sapukan pada puting, setiap kali selepas bayi anda menyusu badan. Hal ini kerana, susu ibu mengandungi antibodi dan makrofaj yang boleh mengubati luka.

2. PUTING SENTIASA DALAM KEADAAN LEMBAP

Puting yang luka jangan dibiarkan kering tetapi pastikan ia sentiasa lembap. Kajian menunjukkan puting luka yang disapukan pelembap Vaselin lebih berkesan untuk dirawat berbanding membiarkan dalam keadaan kering.

Sapukan nipis-nipis sahaja dan tidak perlu dicuci sebelum menyusukan bayi. Tidak perlu menyapu pelembap dengan terlalu tebal. Hal ini kerana, lapisan terlalu tebal boleh menyebabkan kulit tidak bernafas dan proses penyembuhan menjadi lama untuk pulih.

3. JANGAN BASUH ATAU RENDAM PUTING DALAM CECAIR INI

Elakkan membasuh atau merendam puting di dalam cecair seperti air, air garam atau hydrogen peroxide. Hal ini kerana, ia akan membuatkan puting lebih kering.

Secara tak langsung, akan akan melambatkan proses penyembuhan. Elakkan juga menggunakan krim yang tidak diketahui keberkesanannya. Kebanyakan krim ini perlu dibasuh sebelum menyusukan bayi.

4. GUNA BREAST SHELL BAGI MENGURANGKAN KESAKITAN

Sekiranya kesakitan itu tidak mampu ditampung lagi oleh ibu, gunakanlah breast shell. Pastikan bukaan pada breast shell itu lebih besar daripada puting.

Sebelum itu, sapukan pelembap pada puting dan kemudian baru pakai breast shell. Selepas itu, barulah boleh memakai bra. Ini untuk mengelakkan luka itu melekat pada bra seterusnya melewatkan lagi proses penyembuhan.

5. JANGAN HADKAN SESI PENYUSUAN

Sekiranya, mempunya masalah puting luka, jangan dihadkan sesi penyusuan. Hal ini kerana, ia boleh menyebabkan:

  • Risiko breast bengkak.
  • Susu merudum dalam jangka masa panjang.
  • Bayi tidak diberi peluang belajar melekap dengan betul.

TIdak menyusukan bayi langsung juga boleh menyebabkan terjadinya perkara di atas ini. Maka, sampai bila pun masalah puting luka tidak akan selesai kerana bayi tidak dilatih dengan betul.

6. DAPATKAN BANTUAN PAKAR LAKTASI BERTAULIAH

Sekiranya luka bertambah serius, dapatkan bantuan daripada pakar laktasi bertauliah atau doktor. Kes-kes yang serius mungkin memerlukan luka dibersihkan dan ditutup dengan gauze yang mengandungi pelembap.

7. AMBIL VITAMIN C SEBAGAI MAKANAN TAMBAHAN

Ibu-ibu menyusu juga boleh mengambil Vitamin C sebagai makanan tambahan. Vitamin C dapat membantu luka, scrape, tulang patah dan luka terbakar, sembut dengan lebih cepat.

Sumber: Suraya Mother Care / Lulubae 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×