40 Minggu

Anda Ibu Hamil Sangkut GDM? Ini Tips Kawal Makanan, Barulah ‘Clean’ Bacaan!

12
SHARES
tips ibu hamil

Ibu yang hamil mempunyai penyakit kencing manis merupakan kes yang biasa terjadi. Oleh itu, kali ini penulis ingin kongsikan tips ibu hamil yang sangkut GDM melalui perkongsian Puan Munirah Musa di bawah. Terutamanya, dalam mengawal pemakanan.

Sebelum itu, GDM adalah ringkasan daripada istilah gestational diabetes mellitus atau diabetes gestasi. Ia adalah keadaan kencing manis yang berlaku sewaktu hamil sahaja. Jom ikuti tips ini!

Baca juga: Tengok Gaun Comel Rasa Nak Baby Girl, Cuba Tips Ini Masa Intim, Zak** Jangan Terlalu Dalam!

TIPS IBU HAMIL YANG SANGKUT GDM

tips ibu hamil

JADUAL SEMAK GULA DALAM DARAH WAKTU PAGI & TENGAH HARI

1. Jadi, jadual semak gula dalam darah kita ada 4 waktu.

  • 8.00am
  • 11.00am
  • 3.00pm
  • 8.00pm

2. Bagi waktu pagi 8.00am tu, bangun tidur jangan sarapan dulu. Terus tebuk jari dan ambil bacaan. Lepas ambil bacaan barulah sarapan dengan makanan yang kurang gula.

Why? Sebab kita akan semak lagi bacaan yang kedua iaitu pada pukul 11.00am. Nurse cakap, mesti berhenti makan dua jam sebelum ambil bacaan seterusnya. Contohnya,

  • 7.59am – Ambil bacaan pagi
  • 8.00am – Sarapan
  • 8.30am – Berhenti makan
  • 10.30 – 11.00am – Ambil bacaan

Bacaan pukul 11.00am ni, make sure mesti kurang dari 6.7.

Kebiasaannya, kalau makan semangkuk oat, blueberry, ikan bilis dan minum air masak, bacaan akan jadi 4.7 atau 5 macam tu. Tapi, kalau makan sepinggan nasi lemak, ayam masak merah dan air milo bacaan akan jadi 9.

JADUAL SEMAK GULA DALAM DARAH WAKTU PETANG

3. Okay, lepas ambil bacaan pukul 11.00am tu. Bolehlah lunch. Peraturan lunch ni special sikit. Nasi tu kena suku. Suku ya.

Bukan separuh. Sayur pulak separuh pinggan. Ayam atau ikan ambil tapi jangan berkuah. Jangan banjir-banjir. Lepas itu, minum air masak.

Why? Sebab kita nak ambil bacaan pukul 3.00pm pulak. Okay. Macam biasa. Jadual seterusnya adalah,

  • 11.00am – Ambil bacaan tengahari
  • 11.30am – Berhenti makan
  • 3.00pm – Ambil bacaan petang

Biasanya, kalau ikut peraturan pinggan tu bacaan akan cantik jadi 5.0 atau 4.8 macam tu.

4. Lepas ambil bacaan 3.00pm ni boleh hooray hooray sikit. Dah boleh minum secawan susu kambing, milo tanpa gula. Tapi, secawanlah.

Biasanya akan makan kuih sebiji ataupun secawan smoothie yogurt. Biskut yang zero sugar digabungkan dengan cheese cheddar untuk minum petang.

Jangan makan biskut tanpa cheese sebab tak nak gula spike. Kata nutritionist, mesti gabungkan cheese dengan any carbs yang kita nak makan. Contoh snek saya.

  • roti wholemeal sekeping + cheese sekeping
  • separuh pisang + cheese sekeping
  • separuh epal + cheese sekeping
  • separuh pisang + peanut butter
  • separuh epal + peanut butter
  • greek yogurt 3 sudu teh besar + blueberry 7 biji
  • greek yogurt 3 sudu teh besar + kurma 3 biji

Bila buat macam ini, sugar craving cepat hilang.

JADUAL SEMAK GULA DALAM DARAH WAKTU MALAM

tips ibu hamil

5. Pukul 6.00pm pulak, dinner macam biasa. Ikut peraturan pinggan tu. Dan minum air masak. Kalau bosan sangat dengan air masak. Boleh perah limau atau lemon sikit. Jadual seterusnya adalah,

  • 6.00pm – Dinner
  • 6.30pm – Berhenti dinner
  • 8.30pm – Ambil bacaan untuk pukul 8pm

Selalunya memang akan ambil nasi suku, kalau tak makan nasi, saya ganti dengan kentang separuh ke atau oat.

6. Lepas 8.30pm pula. Dah boleh minum susu. Biasanya akan supper around 9.30pm atau 10.00pm. Minum susu atau minuman kurma merah Supercube untuk ibu mengandung. Supper akan ikut menu snek macam di atas.

P/s: Kadang-kadang ada je hari-hari yang tak ‘clean eating’. Contohnya, macam makan KFC ke McD ke atau Kek. Paling penting make sure ada 3 hari atau 4 hari ‘clean eating’ dalam seminggu. Insya Allah bacaan gula cantik. Urine pon tak akan ada glucose.

Disebabkan saya anemic hari tu. Saya memang dah start pantang kopi dan teh. Sekarang alhamdulillah bacaan HB dah naik sejak makan iberet + kapsul vitamin c setiap pagi. Naik dari 10.6 ke 11.4.

Sekian, nota bantuan buat ibu hamil yang alami situasi seperti saya.

Sumber: Facebook Munirah Musa via KELAB IBU MENGANDUNG MALAYSIA (KIMM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×