Inspirasi

#ProjekMimpi: Anak Autisme Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam 18 Bulan!

127
SHARES
anak autisme

Mempunyai anak autisme merupakan salah satu cabaran yang perlu dipikul oleh ibu bapa. Hal ini kerana, cara layanan dan cara didikan dalam kehidupan seharian adalah sedikit berbeza berbanding anak-anak biasa. Namun, inilah cabaran yang indah untuk dipikul kerana anak-anak austime ini mempunyai kelebihan yang sangat unik!

Sempena kempen Projek Mimpi bersama Sirap Limau ini, kami kongsikan kisah inspirasi mengenai anak autisme yang boleh menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Semoga dengan kisah kejayaan anak ini dapat memberi semangat kepada orang ramai untuk mendalami ilmu Al-Quran dengan jayanya.

Baca juga: Memang Susah Nak ‘Detect’ Autisme Dekat Anak Perempuan, Perhatikan 5 Tanda Ini..

#PROJEKMIMPI, ANAK AUTISME BERJAYA HAFAZ 30 JUZUK AL-QURAN

anak autisme

Foto: Sinar Harian

Salah satu kisah yang menjadi inspirasi ramai adalah mengenai seorang anak autisme bernama Yusof, berusia 13 tahun dikurniakan keistimewaan luar biasa apabila mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 18 bulan sahaja!

Sudah pasti kejayaan ini sangat membanggakan bagi kedua-dua ibu bapa iaitu Mohamad Kamal Pakhrul Hisham Ismail, 50, dan Fazura Mohd Noor, 49. Kemampuan Yusof membuktikan kekurangan diri bukanlah penghalang untuknya mencipta kejayaan,

Menurut ibu Yusof, dia tidak pernah meletak harapan tinggi terhadap Yusof kerana menyedari kekurangannya apabila disahkan menghidap autisme ketika berusia dua tahun. Namun, kekurangan ini diganti dengan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat kerana mampu menghafal surah-surah lazim hanya dengan mendengar melalui radio atau televisyen.

Menurut laporan Sinar Harian, pasangan suami isteri ini membuat keputusan menghantar anak kedua mereka ke sekolah berteraskan pengajian al-Quran ketika berusia tujuh tahun. Ternyata, kelebihan Yusof lebih terserlah selepas memulakan pengajian di Madrasah Tahfiz Az-Zein (MATAZ) di Senawang, tahun lalu.

ANUGERAH ALLAH YANG SANGAT BESAR..

anak autisme

Foto: Sinar Harian

“Saya memang tak sangka Yusof boleh menghafaz 30 juzuk al-Quran secepat itu, terima kasih kepada ustaz yang tahu kekuatan yang ada padanya.“Ini anugerah ALLAH beri pada Yusof kerana kita yang normal pun belum tentu mampu buat sepertinya,” katanya.

Antara cara yang digunakan oleh Puan Fazura adalah dengan memperdengarkan alunan ayat al-Quran kepada Yusof dan sekarang 30 juzuk ini ada dalam kepalanya. Paling mengujakan adalah kebanyakan pelajar mengambil masa sehingga tiga tahun untuk menghafaz 30 juzuk ayat al-Quran tapi Yusof hanya sekejap sahaja.

Bahkan, kalau nak cari kesalahan hafazan pada Yusof pun memang susah dan itulah kelebihan Allah kurniakan yang juga menjadi penenang jiwanya. Hebat!

*Jadi buat anda yang ada impian terbuku di dalam hati dan ingin menjadi kenyataan, jom sertai peraduan Projek Mimpi bersama Sirap Limau dan berpeluang memenangi wang tunai RM5,000!

Maklumat lanjut di : https://siraplimau.com/projekmimpi/index.html

Baca juga: 47 Ribu Kanak-Kanak Malaysia Hidap Autisme, Kenali Ciri Autisme Macam Watak KDrama Attorney Woo

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×