Asuh

Satu Hal Pula Kena ‘Melekat’ 24 Jam, Ini Cara Untuk Mak Ayah Jaga High Need Baby Dengan Jayanya!

2
SHARES
high need baby

Menjaga dan nampak anak membesar di depan mata sememangnya perkara yang sangat indah dalam hidup mak ayah. Namun, di sebalik keindahan tersebut, bukan semua mak ayah dapat mengekalkan kekuatan mental sehingga 100 peratus ya. Tambah pula kalau anak tersebut merupakan high need baby yang memerlukan anda ‘melekat’ 24 jam!

High need baby selalunya mempunyai karakter yang cerewet, memerlukan perhatian yang lebih, kuat menangis dari normal dan mudah nampak marah. Jadi, ini bukan cubaan main-main untuk mak ayah kerana anda memerlukan cara yang betul untuk mengendalikan anak yang mempunyai karakter ini.

Jadi, apa tanda-tanda yang mengatakan bahawa anak anda merupakan high need baby dan bagaimana nak menjaga mereka?

ADA ‘HIGH NEED BABY’? APA TANDA-TANDANYA?

high need baby

Pakar keluarga, Judy Arnall juga menyatakan bahawa jika anak-anak mempunyai tanda yang disenaraikan di bawah, memang benarlah anak-anak memerlukan perhatian yang lebih tinggi atau high need baby.

Ada beberapa yang menandakan bahawa anak anda berada di bawah kategori ‘high need baby’ :

• Ada masalah untuk mengikut jadual yang ditetapkan oleh ibu seperti ada masalah waktu tidur. Bukan itu sahaja, mereka juga ada masalah dengan pemakanan dan sukar membuang air besar.

Sangat aktif, termasuklah ketika waktu tidur sampai boleh jatuh dari baby cot!

• Tak mahu diletakkan di satu-satu tempat yang sama pada waktu yang lama seperti car seat atau baby carrier.

• Sensitif dengan sentuhan dan tidak suka ditinggalkan berseorangan.

• Sukar untuk menyesuaikan diri dengan suasana baharu.

• Kalau menangis atau sedih, sukar untuk berhenti atau memujuk diri sendiri.

Kerap menangis dan sering terjaga dari waktu tidur. Ditambah pula dengan tangisan yang kuat.

APA MAK AYAH KENA BUAT?

high need baby

1. Kena baca dan faham ‘signal’ dari anak

Inilah masanya untuk si ibu mengenalpasti signal yang diberikan oleh anak. Kalau anak menangis selepas didukung dan diletakkan di bawah, maka ini merupakan tanda anda perlu mendukungnya semula. Mak ayah mungkin perlu senaraikan apa yang disukai dan tidak disukai oleh anak supaya mudah nak jaga mereka. Proses untuk kenal pasti personaliti anak ini juga memakan masa yang lama, jadi kalau nak marah kena sabar…

2.Penuhi keperluan dan keinginan anak

Jangan takut untuk memenuhi keinginan anak-anak ya seperti kalau mereka meminta untuk makan banyak, berikan sahaja. Jangan dengar sangat nasihat orang yang tidak berada pada tempat anda. Tetapi, pastikan juga kesihatan anak terjamin tau!

3.Keluarlah bersiar-siar

Asyik terperap sahaja dalam rumah, macam manalah anak-anak high demand ini tak mengamuk kan? Jadi, ambil sedikit masa untuk bawa anak keluar bersiar-siar menyedut angin segar di luar rumah. Bukan itu sahaja, biarkan bayi bergaul dengan orang luar seperti jiran yang mempunyai anak seusia. Barulah mak ayah tak stres, anak pun tak meragam.

4.Mak ayah jangan lupa berehat

Memang penat mempunyai dan menjaga bayi high demand seharian jadi ambil masa untuk berehat juga ya. Mungkin anda akan rasa bersalah apabila meninggalkan mereka berseorangan atau bersama orang lain tetapi inilah masanya untuk anda ‘recharge’ dan sentiasa tenang.

Apa kata hantar anak sekejap ke kampung halaman supaya dapat dijaga pula oleh nenek dan datuk atau jika anda ada pengasuh, boleh juga dihantar ke sana buat sementara. Ambil masa sementara ini untuk lakukan aktiviti me-time, tidur sebentar, spa dan pulang mengambil anak yang berada di rumah pengasuh tersebut. Mesti akan rasa segar!

*Nak marah tapi kena sabar…Ingat tu ya mak ayah semua!

Sumber: TodaysParent, Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×