Asuh

“Eh? Dah Nak Masuk Usia Setahun?”- Ini 14 Kejayaan Baby Sebelum Sambut Birthday Pertama!

30
SHARES
anak umur 1 tahun

Melihat perkembangan anak dari usia sehari hingga dewasa merupakan perkara indah buat mak ayah. Tambah pula dengan didikan yang bagus, anak membesar menjadi seorang yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Tidak perlu menjangkau terlalu jauh lagi, bahkan anak umur 1 tahun yang bakal cukup tak lama lagi pun mak ayah dah ‘excited’!

Ternyata, sebelum bayi menyambut kelahiran atau birthday yang pertama sudah pasti banyak perkara yang sudah berjaya dikecapi seperti boleh merangkak, dah berjalan dan berjaya sebut perkataan pertama.

Jadi, jom kita lihat antara 14 kejayaan anak-anak yang akan sambut ulangtahun kelahiran pertama, tak sangka sekejap sahaja masa berlalu…

ANAK UMUR 1 TAHUN DAH BERJAYA BUAT 14 PERKARA INI

anak umur 1 tahun

14 perkara yang baby boleh buat sebelum birthday yang pertama:

1.Mata bayi boleh fokus pada wajah ibu ayah seawal umur 6 minggu. Bila wajah ibu bergerak dihadapannya, matanya mula mengikut ke mana wajah ibunya pergi.

2.Bayi mula bersuara pada usia 8 minggu.

3.Tersenyum bila terdengar suara atau ketika melihat wajah ibu (Responsive smile) pada umur usia 6 minggu.

4.Boleh bergelak ketawa seawal usia 3 bulan.

5.Tidur sepanjang malam seawal usia 4-6 bulan.

6.Duduk dengan sokongan atau dipegang pada usia 6-7 bulan.

7. Makan biskut bayi/finger food sendiri seawal usia 7 bulan (dan bersepah).

8. Duduk sendiri dengan stabil pada usia 9 bulan.

9.Merangkak pada seawal umur10 bulan.

anak umur 1 tahun

10. ‘Bye-bye’ pada usia 10 bulan.

11. Mula berdiri dan memapah perabut rendah dipanggil fasa ‘furniture cruising’ pada usia 11 bulan.

12. Mula berjalan sambil dipegang kedua-dua tangannya pada usia 11 bulan.

13. Sebut perkataan pertama yang membawa makna pada usia 1 tahun.

14. Mengutip seribu satu benda kecil di lantai dan masukkan dalam mulut pada usia 1 tahun.

Anak kecil memang lasak dan sukar dijangka. Tapi itulah tanda badan mereka sihat dan otak mereka bijak. Mesti mak ayah bangga tengok anak-anak kan?

Sumber: Twitter @MyHeartCommunity

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×