Taska / Tadika

Pre-School Anak Dah Register Dengan KPM Atau Belum? Ini Cara Nak Semak

23
SHARES

Memilih taska, pra sekolah atau ‘pre-school’ untuk anak-anak memulakan pendidikan merupakan perkara yang bukan mudah. Tambah pula banyak kes yang dipaparkan di media arus perdana berkaitan buli, penderaan dan juga kes kebakaran. Oleh itu penting bagi ibu bapa untuk selidik dahulu sama ada pre-school yang anda pilih sudah mendaftar atau belum dengan Kementerian Pendidikan.

Berikut merupakan cara yang dikongsikan oleh seorang ibu di laman Twitter supaya anda juga dapat menyemak dahulu nama pre-school yang telah mendaftar dengan KPM supaya selamat dalam semua segi.

Baca juga: Anak Letih Balik Taska Sebab Tak Cukup Tidur? Mak Ayah Kena Buat Apa?

MACAM MANA NAK TAHU PRE-SCHOOL DAH REGISTER DENGAN KPM?

Menurut perkongsian ibu yang dikenali sebagai Mieja Ibrahim di lama Twitternya, dia menyuarakan kerisauan mengenai ada sesetengah pre-school yang dibuka di ‘shop lot’. Hal ini kerana, anak-anak juga perlu tahu di manakah pintu kecemasan kebakaran sekiranya berlaku sebarang jenis kecemasan.

Cara yang anda boleh gunakan untuk menyemak terlebih dahulu sama ada sekolah yang didaftarkan mempunyai pengesahan dari KPM untuk beroperasi adalah melalui website eprasekolah.moe.gov.my 

Berikut merupakan antara ciri-ciri yang dibenarkan oleh pihak berkuasa sebelum beroperasi.

Apa yang anda boleh buat adalah pergi ke laman web ini dahulu check safety; emergency exit, CCTV, smoke detector, sprayer system, emergency light, bukan berada kat atas restoran/cafe/bistro (gas memasak), check berdaftar dengan JKM/KPM, bomba,KKM, PBT area sana.

Sumber: Twitter @mieja_ibrahim, E-Prasekolah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×