Famili

Ini Contoh Taska/Pengasuh Yang Bagus, Mak Ayah Kena Alert!

3.6K
SHARES

Sejak kebelakangan ini, makin banyak kita mendengar kes yang melibatkan penderaan kanak-kanak di pusat asuhan seperti taska dan di rumah. Ini menjadikan ramai dalam kalangan ibu bapa risau untuk menghantar anak ke pusat asuhan tetapi terpaksa kerana ada urusan kerja. Oleh itu, terdapat beberapa contoh untuk ibu bapa perhatikan yang menunjukkan anda berada ‘di dalam tangan’ taska atau pengasuh yang bagus.

Baca juga: [VIDEO] Viral Pengasuh Baling Bungkusan Barang Pada Bayi, Polis Buat Siasatan

CONTOH TASKA/PENGASUH YANG BAGUS

Sejujurnya, saya agak letih nak menjawab soalan dari terlalu ramai ibubapa yang risaukan anak menangis , susah tidur dan susah makan ketika di taska. Dan sebenarnya, soalan – soalan seperti ini buat saya naik PELIK.

” Macam mana nak buat anak senang tidur dan tak nangis-nangis masa di taska? “

” Pengasuh cakap anak saya asyik nangis je sepanjang hari. Dah dekat seminggu hantar pun sama je. Pengasuh hari-hari komplen. Ada tip tak puan untuk anak ok duduk taska? “

” Dah bertukar 2 pengasuh sebab dua-dua kata susah jaga anak saya. Macam mana saya nak buat supaya anak saya senang untuk diurus masa di rumah pengasuh? “.

Saya faham, aduan dan rungutan pengasuh BUAT IBUBAPA RASA MACAM:

1. Memang anak mereka yang problem

2. Memang mereka (ibubapa) punca problem anak jadi susah di jaga. Misalnya : ada ibubapa bercerita bagaimana pengasuh tegur dan ‘beri amaran’ seperti: jangan asyik nak dukung-dukung anak semasa di rumah sebab anak jadi manja nak berdukung juga semasa di taska. Atau, jangan biasakan ajar anak tidur mengempeng nanti susah nak tidur di taska bila mak tiada.

3. Mereka (ibubapa) yang perlu ‘elokkan’ , ‘baikkan’ dan ‘cantikkan’ anak masing- masing sebelum nak hantar ke taska. Ibarat kena hantar ‘barang yang elok’ atau ‘barang yang dah elok/dah dibaiki’ saja ke taska. Aihhh celaru sungguh gaya berfikir sebahagian ibubapa DAN pengasuh anak masing-masing.

Tuan – Puan, saya nak tanya satu SOALAN MUDAH untuk bantu Tuan – Puan berfikir dengan betul:

Jika Tuan- Puan ada masalah dengan tugasan di pejabat atau yang melibatkan kerjaya anda, adakah anda akan menelifon atau merujuk pengasuh anak anda untuk bantu selesaikan tugasan anda?

Misalnya:

” Puan pengasuh, macam mana ye nak buat supaya bos saya tak asyik marah-marah dan tak puas hati dengan hasil kerja saya ni ?”

Atau

” Puan pengasuh, ibubapa murid saya ni cakap anak dia asyik tak faham je dengan semua yang saya ajar dalam kelas. Dah habis topik pecahan pun masih tak tak reti apa-apa pasal pecahan. Ada tip tak untuk buat anak murid saya tu faham topik pecahan? “

Atau

” Puan pengasuh, saya ni dah tukar sampai 2 kerja dah sebab semua kata saya kerja tak bagus. Macam mana saya nak buat supaya saya bagus berkerja ya? “

Ada tak anda merungut dan mengadu kepada pengasuh anak anda seperti semua. Ada tak? CONFIRM tak ada kan?
Sebab isunya MUDAH SAJA: kalau pengasuh tak tahu atau problem nak jalankan tugas dia menjaga, menidurkan, menenangkan, memberi makan, memujuk dan menguruskan ragam anak jagaan. Maka, pengasuhlah yang kena cari jalan belajar dan tambah kemahiran untuk membolehkan dia buat TUGASNYA dengan berkesan.

Jika ibubapa menghantar anak mereka yang ‘sudah sedia elok dan mudah di urus’ kepada seorang penjaga yang ‘tak tau buat kerjanya’ , mana mungkin keadaan automatik jadi mudah untuk pengasuh tersebut. Hukum alam mudah saja :

Siapa tak tahu ,dia cari tahu. Siapa rasa susah , dia cari jalan. Baik pengasuh atau ibubapa. Hukum alam teraplikasi untuk kedua-dua pihak. Lihat 2 kisah yang saya kongsikan screenshotnya sebagai contoh bukti.

 Contoh 1:

Ya betul, CARA YANG IDEAL untuk mula hantar anak ke pengasuh atau taska adalah secara berperingkat agar peralihan tidak terlalu drastik buat anak dan ibubapa. Tip biasa yang dikongsi ramai pakar antaranya ialah luangkan masa duduk di taska, beramah mesra dengan bakal pengasuh dan biasakan keluar masuk taska /membuat percubaan meninggal anak di taska untuk tempoh yang pendek…

TETAPI…realiti nya, BUKAN semua taska membenarkan hal ini. Terutamanya dalam musim norma baru ini.Ia mungkin buat sebahagian ibubapa rasa cemas bila tak dapat mengamalkan tips peralihan rumah-taska secara berperingkat seperti yang dihajati. DISINILAH PERANAN PENGASUH AMAT DIPERLUKAN.

Jika dapat pengasuh/taska yang yakin diri dan mahir dengan tugas mereka untuk menggendalikan situasi bersama anak asuhan, BERUNTUNGNYA diri ibubapa tersebut. Seperti ibu didalam contoh 1 ini.

 Contoh 2:

Pelanggan khidmat konsultasi online saya iaitu Puan S bercerita bagaimana pengasuh pertama VS pengasuh kedua anaknya, amat berbeza. Pengasuh pertama mengadu anak susah tidur, tidur pun sekejap- sekejap dan suka menangis terutamanya bila ditinggal sekejap. Give up akhirnya pengasuh yang menjaga.

Eh, tapi bila dengan pengasuh ke 2, ‘apa pun tak komplen’. Anak boleh tidur siang elok semasa di bawah jagaan pengasuh dan bila di jemput pulang pun kelihatan lebih segar dan ceria. Malah, bila Puan S bertanya : ” Takde ke anak saya nangis-nangis bila kena tinggal / bila takde orang duduk dekat ?” .Tau apa jawapan pengasuh anak Puan S ? “Biasalah tu budak-budak umur gini takut kena tinggal”. Like no big deal dia menjawab.

Aduhaiii…tak kah tenang hati ibu yang mendengar. ***Kesimpulannya, pengasuh dan taska yang bagus itu ada dan ramai. Saya sendiri telah kerap kali di jemput membuat bengkel dan kelas kepada para pengasuh. Malah sebahagiannya benar-benar semangat mengamalkan ilmu diajar ke tahap ada taska yang melabur wang memasang PA system di bilik bayi bagi tujuan memainkan bunyi white noise/soothing sounds setiap kali pada waktu tidur.

Rezeki ibubapa untuk berjumpa atau tidak saja dengan para pengasuh yang benar-benar serasi, bagus, ikhlas dan berkemahiran untuk menjaga anak kalian. Semoga Tuhan mudahkan urusan kalian.

Sumber: Baby Language

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×