Sekiranya rumah anda tiada ketuhar (oven) tetapi rasa teringin membuat biskut, jangan risau ada cara mudah untuk merealisasikannya. Melalui perkongsian MakChu Noor, cara bakar biskut menggunakan kuali dan kemudian dibakar di atas dapur merupakan kaedah yang digunakan oleh orang dulu-dulu.
Menurutnya lagi, kaedah ini juga lebih cepat dan mudah untuk membakar biskut. Hebat bukan idea orang dulu-dulu! Jadi, jom lihat cara bakar biskut menggunakan kuali di bawah.
Baca juga: 5 Resipi Makanan Kucing Homemade Kaya Nutrisi Penting, Barulah Gebu Gebas Bulunya!
CARA BAKAR BISKUT GUNA KUALI

Gambar: MakChu Noor
Tak ada oven pun tak jadi masalah. Kita bakar kuih raya dalam kuali legend saja, cepat mudah Alhamdullilah.
Baca juga: Koleksi 6 Jenis Resipi Paprik Sedap & Mudah, Macam-Macam Ada!
Baca juga: Resepi Kek Sarang Semut Versi Kukus Tanpa Perap Adunan, Menjadi Elok Bersarang!
Langkah-langkah membakar biskut menggunakan kuali:

Gambar: MakChu Noor
- Sediakan kuali tebal untuk mengelakkan kuali hangit dan besi jaring di dalamnya, kemudian letakkan di atas dapur gas.
- Sekiranya kuali anda nipis, letakkan pasir di dalam kuali dan bahagian bawah besi jaring tersebut.
- Kemudian, di atas besi jaring pula gunakan loyang atau penutup periuk sebagai pelapik untuk menyusun adunan biskut di atasnya.
- Setelah itu, tutup kuali dengan penutup dan tindihkan dengan pemberat seperti lesung batu sewaktu membakar kuih.
Baca juga: Mudahnya Buat JERUK MAMAN, Menu Ringkas Popular Orang Lama & Anda Kena Rasa!
Tempoh masa membakar atas dapur gas:
- Proses membakar pula, panaskan kuali sekejap dan bakar biskut sekitar 20 minit pada permulaan
- Pusingan membakar yang seterusnya pula, hanya 10 minit sahaja sudah memadai untuk biskut masak
- Pastikan api kecil pada giliran akhir
Lihat video di bawah untuk lebih jelas!
Baca juga: Resipi PATI SIRAP Campur Rempah Cara Orang Dulu, Rasa & Aroma Bukan Main Sedap Lagi!
Sumber: MakChu Noor
FT Image: MakChu Noor