Dapur

Cara Bakar Kek Atas Dapur Gas Yang Berkesan, Tips Ini Sesuai Untuk Rumah Tiada ‘Oven’!

121
SHARES
cara bakar kek

Kebanyakan orang membakar kek dengan menggunakan mesin ketuhar. Namun, siapa sangka atas dapur gas pun anda masih boleh membakar kek sebenarnya. Kalau nak tahu cara bakar kek atas dapur gas ini hanya memerlukan loyang dan periuk sahaja, baru menjadi!

Nak tahu lebih lanjut, mari ikuti resipi dan tips cara bakar kek atas dapur gas dari Puan Nor Elyani Ramli.

Baca juga: Solok Lada Cara Mudah & Enak, Guna Resepi Ini Baru Rasa Keasliannya!

CARA BAKAR KEK

cara bakar kek

Gambar: Nor Elyani Ramli

Menjadi juga kek marblenya walaupun bakar dalam periuk atas dapur saja tak ada ketuhar (oven). Seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek dekat rumah sendiri. Kalau raya buat dekat kampung rumah nenek dorang saja.

Baca juga: Resepi Singgang Ikan Selar Mudah, Sedap & Jimat Masa Lepas Itu Boleh Buat Kerja Lain!

Ini resipinya:

  • 1 cawan marjerin (saya guna cap pelangi)
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 5 bijik telur size B
  • 2 sudu besar susu cair.
  • Pewarna hijau & merah
cara bakar kek

Gambar: Nor Elyani Ramli

  1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang.
  2. Masukkan esen vanilla dan susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul bahan sampai sebati.
  3. Last masukkan tepung yang dah diayak.
  4. Lepas itu, bahagikan 3 untuk letak pewarna.
  5. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecil dalam 45 minit.
  6. Tak payah letak air masa bakar, masukkan dia saja dalam itu, dengan api kecil ya.

Baca juga: 7+ Petua Ayam Kampung Yang Liat Cepat Empuk, Ada Orang Guna Gula-Gula Hacks!

Tips bakar kek atas dapur gas

cara bakar kek

Gambar: Nor Elyani Ramli

  1. Periuk kena tutup masa bakar atau masak kek.
  2. Tak perlu letak air, kalau letak air jadi stim atau kukus.
  3. Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir atau apa-apa petua yang mak-mak ajar, tapi saya letak loyang kek terus ke dalam periuk.
  4. Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek kawan-kawan belum masak dalam waktu itu, tambah lah masa 5 ke 10 minit ya.
  5. Saya tak panaskan periuk sebelum masuk loyang kek, kalau kawan-kawan nak panaskan dulu, terserah.

Baca juga: Resepi Sos Blackpepper Prosperity Khairul Aming, Guna Coney Sosej Pun Sedap!

Disclaimer:

Sebab ramai yang tanya: periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlubang ke? TAK. Asalkan api kecil elok, kalau api meranggah bukan setakat hangit, terbakar siap la kot kan ok?

Semoga dapat membantu!

Baca juga: Resepi Paru Goreng Rangup, Ikut Tips Ini Baru Hasil Snek Jadi ‘Crispy’!

Sumber: Nor Elyani Ramli via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Imagae: Nor Elyani Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×