Dapur

Resepi Paru Goreng Rangup, Ikut Tips Ini Baru Hasil Snek Jadi ‘Crispy’!

32
SHARES
resepi paru goreng rangup

Paru goreng memang enak dinikmati bersama nasi panas, ditambah pula ia digoreng garing sehingga  layak untuk diratah begitu sahaja. Namun, hendak memastikan ia garing kena ada tekniknya. Kalau nak tahu tekniknya, mari ikuti perkongsian tips dan resepi paru goreng rangup dari Puan Norlela Abdullah.

Baca juga: Rahsia Kerepek Kentang Pedas Kekal Rangup, Sebelum Disaluti Sambal Buat ‘Step’ Ini!

RESEPI PARU GORENG RANGUP

resepi paru goreng rangup

Gambar: Norlela Abdullah

Akhirnya dapat buat paru goreng crispy. Selalu anak-anak beli sebekas sampai RM30. Kawan-kawan boleh jadikan pendapatan sampingan kalau rajin.

Baca juga: ‘Trick’ Terung Goreng Berlada Warna Kekal Tak Pucat Lembik, Baru Nampak Menyelerakan!

Bahan-bahan:

  • Paru
  • Bawang putih
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Tepung beras
  • Garam
  • Ajinomoto

Baca juga: Resepi Roti Sarang Burung Cheese Padu & Kaya Keju, Menu ‘Breakfast’ Ekspres!

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula basuh bersih paru dan rebuskan dalam air panas.
  2. Setelah itu, sejukkan ia dalam chiller semalaman supaya senang nak hiris bila dah keras. Kalau hiris tanpa dimasukkan dalam chiller susah nak hiris nipis.
  3. Bawa keluar dari chiller, dan hiris senipis mungkin dengan pisau yang tajam.
  4. Kemudian, kisar semua bahan dengan sedikit air.
  5. Teruskan dengan menggaul dan menggoreng dalam minyak yang betul-betul panas. Bila dah agak masak boleh kecilkan api.
  6. Pastikan paru dah agak keras seperti kerepek baru angkat. Kalau tak nanti tak crispy.
  7. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Onde-Onde Labu Kuning Yang Unik & Sedap, 5 Bahan Je Rugi Tak Cuba!

Sumber: Norlela Abdullah

FT Image: Ira’s Digital Kitchen / Norlela Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×