Dapur

Resepi Onde-Onde Labu Kuning Yang Unik & Sedap, 5 Bahan Je Rugi Tak Cuba!

46
SHARES
resepi onde-onde labu

Onde-onde atau buah melaka merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada bahan seperti tepung beras pulut yang dikukus sebelum bersalut kelapa parut. Namun, kali ini penulis ingin berkongsikan resipi unik dari kuih ini iaitu resepi onde-onde labu.

Di mana, onde-onde yang biasa kelihatan adalah berwarna hijau yang menggunakan daun pandan sebagai pewarna dan bau. Jadi, kali ini jom buat onde-onde dari labu kuning pula!

Baca juga: 6 Tips Beli Buah Nanas Yang Elok & Manis, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal!

RESEPI ONDE-ONDE LABU

resepi ond-onde labu

Gambar: Ckin Hot Kitchen ~Cg Shikin

Onde-onde Labu

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji labu kuning (lebih kurang 3 cawan)
  • 5 cawan air
  • 1 cawan tepung beras pulut
  • Seketul gula melaka (potong dadu)
  • 1/2 biji kelapa parut (putih sahaja)

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Menu Sumber Karbohidrat Berbeza, Tarik Selera Anak Tak Suka Makan Nasi!

Cara-cara:

  1. Buang kulit dan biji labu kuning, kemudian potong kecil.
  2. Masukkan labu kuning, air secukupnya dan garam ke dalam inner pot periuk noxxa.
  3. Tutup periuk dan tekan Pressure 5 minit.
  4. Toskan labu kemudian lecek (lumat) dan tunggu sejuk sedikit.
  5. Masukkan labu dan tepung beras pulut ke dalam mangkuk untuk digaul hingga sebati.
  6. Bulat-bulatkan adunan dengan memasukkan gula melaka. Golek dengan tapak tangan sampai bulat. Saiz ikut cantik pandangan masing-masing ya.
  7. Masukkan air secukupnya ke dalam periuk.
  8. Tekan stir fry. Biar air mendidih.
  9. Masukkan bebola labu tadi dan masak sampai timbul.
  10. Bila dah timbul, angkat guna tapis dan golekkan ke dalam kelapa parut yang digaul sedikit garam.

Sedia untuk dihidang!

Nota tepi:

Bahan-bahan itu cuma anggaran sahaja, boleh tambah atau kurangkan ikut kesesuaian. Selamat mencuba.

Kredit: Ckin Hot Kitchen ~Cg Shikin

Baca juga: Resepi Cucur Jagung Isi Dalamnya Gebu & Lembut, Tetapi Kulit ‘Maintain’ Rangup Di Luar!

Sumber: Aneka Resepi

FT Image: Ckin Hot Kitchen ~Cg Shikin / Nor Al Fatihah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×