Dapur

6 Tips Beli Buah Nanas Yang Elok & Manis, Kena Pandai Pilih Baru Tak Menyesal!

23
SHARES
tips beli buah nanas

Buah nanas yang mempunyai rasa berjus manis dan warna kekuningan memang menjadi pilihan ramai. Namun, untuk mendapatkan buah nanas dengan kenikmatan yang begitu, kenalah pandai memilih. Oleh itu, terdapat enam tips beli buah nanas yang manis untuk anda jadikan sebagai panduan ketika membelinya nanti.

Baca juga: Resepi Cucur Jagung Isi Dalamnya Gebu & Lembut, Tetapi Kulit ‘Maintain’ Rangup Di Luar!

TIPS BELI BUAH NANAS YANG MANIS

tips beli buah nanas

Gambar: freepik

1. Aroma

Tips pertama beli buah nanas yang manis adalah melalui aromanya kerana ia akan mengeluarkan bau yang harum apabila sudah masak ranum. Jadi, anda kenalah hidu dahulu buah nanas untuk mengenal pasti sama ada ia sudah masak atau belum.

Sekiranya, bau buah nanas lebih ke arah masam, kemungkinan untuk ia sudah busuk adalah tinggi.

2. Kulit

Selain itu, faktor kulit buah nanas juga penting sebelum anda membelinya. Buah nanas terbaik yang sudah masak boleh dilihat pada kulitnya berwarna terang iaitu oren kekuningan yang gelap.

Jangan beli, sekiranya kulit buah nanas berwarna malap atau kelam.

3. Warna

Pilih buah nanas yang sudah benar-benar masak ketika dipetik untuk memastikan anda menikmati rasanya yang manis.

Biarpun ketika ia berwarna hijau masih boleh dipetik, namun buah nanas ini belum masak ranum. Di mana, ia tidak akan mencapai tahap manis dan berjus.

Baca juga: Tips Bersihkan Dapur Gas Hitam Berkarat, Sembur Dengan Bahan Ini Hasilnya Berkilat!

tips beli buah nanas

Gambar: freepik

4. Saiz

Kalau nak tahu, isi buah nanas tidaklah banyak mana yang tinggal apabila kulitnya dibuang. Jadi, lebih baik anda membeli buah nanas yang bersaiz besar.

Hal ini kerana, buah nanas yang bersaiz besar memiliki lebih banyak isi untuk dimakan.

5. Tekan buah

Tips beli buah nanas manis yang seterusnya adalah dengan menekan kulitnya. Nanas yang sudah matang akan mempunyai tekstur yang empuk.

Manakala, nanas yang mempunyai tekstur keras merupakan tanda ia masih muda dan belum sedia untuk dimakan.

6. Layu

Akhir sekali tips beli buah nanas adalah melihat pada keadaan daunnya. Di mana, daun yang sudah layu menunjukkan ia telah lama masak.

Oleh itu, pilih buah yang lebih segar kerana nanas lambat menunjukkan kesan penuaan.

Baca juga: Resepi Kuah Rojak Buah Hasil Air Tangan Sendiri, Pedas & Hitam Likat!

Sumber: SinarPlus

FT Image: Dragana_Gordic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×