Dapur

Resepi ‘Jeruk’ Segera Versi Lebih Sihat, Tak Sakit Tekak Dah Lepas Ni!

132
SHARES

Makanan jeruk ini memang ramai yang menggemarinya kerana diperbuat daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Tetapi bila terlalu kerap makan, tekak mula rasa tidak selesa atau sakit dada.

Kini, anda tidak perlu tahan diri lagi kerana ada resepi jeruk sihat yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal. Jadi, anda sudah tidak perlu berasa khuatir lagi.

Baca juga: Resepi Mac & Cheese Paling Senang, Sebekas Tak Cukup!

RESIPI ‘JERUK’ SEGERA VERSI LEBIH SIHAT, TAK SAKIT TEKAK DAH LEPAS NI!

Ini ‘jeruk’ 12 jam siap yang paling saya suka. Tak payah risau sakit tekak lepas makan, atau sakit dada, effect segera lepas makan bagi mereka yang memang ada allergies.

Disebabkan selalu sakit dada dan batuk lepas makan jeruk beli, saya memang jarang sangat makan kecuali yang buat sendiri. Terbiasa sampai sekarang, sebab memang cukup suka jeruk masam manis ni.

Bila belajar tentang fungsi cuka seperti Cuka Epal sebagai probiotik dan madu sebagai prebiotik, saya suka sangat bila apply ilmu tu dalam penyediaan makanan/minuman. Salah satunya, sebagai ‘jeruk’ ni.

Ya, ia bukan jeruk sebenar pun sebab tak melalui fermentation process pun kan. Cuma guna bahan yang dah melalui proses fermentation iaitu Cuka Epal. Ini hanya jeruk segera.

‘JERUK’ BUAH 12 JAM AININI ZAINAL

BAHAN-BAHANNYA:

1. JAMBU BATU

  • 1 Jambu Batu, dicuci, dipotong.
  • Bijinya tak perlu buang, ya. Ia BUKAN punca appendiks. Let’s learn, unlearn and relearn.

2. NENAS

  • 1 biji nenas, dikupas, dipotong, diambil empulur sekali.
  • Bahagian empulurlah paling banyak khasiat Bromelain yang bagus untuk badan. Tapi ramai suka buang. Yes, learn, unlearn and relearn.

3. CUKA EPAL

  • 5 sudu besar Cuka Epal.
  • Kaya probiotik. Jika nak dapatkan, cari yang berkeladak. Bukan yang jernih.

4. MADU

  • 3, 4 sudu besar madu.
  • Madu adalah prebiotik yang amat kaya antibacterial, antivirus, antiinflammatory properties.

5. GARAM HIMALAYA

  • ½ sudu teh Garam Himalaya.
  • Garam Himalaya kaya mineral, berbanding Garam Putih.

PENYEDIAANNYA:

1. Gaul semuanya dan simpan dalam balang kaca. Elakkan balang plastik kerana cuka epal berasid, boleh bertindak balas dengan plastik.

2. Simpan balang dalam peti sejuk semalaman. Esok boleh makan.

Airnya boleh dicampur dengan air kosong. Jadikan minuman sihat, berperisa jambu batu & nanas, manis, masam, masin ala ala Asam Boi.

Jeruk kaya prebiotik, probiotik, vitamin C, antivirus, antibakteria, antiradang.

Memang cuka dan madu saya guna tak banyak sebab nanti air dari buah juga akan keluar. Ini gambar selepas 12 jam. Tapi boleh adjust ikut suka kita, ya.

Sukatan pun boleh buat ikut suka. Buah jenis lain yang lambat serap cecair, boleh biarkan 24-48 jam. Asalkan dalam peti ais

Semoga bermanfaat, tau. Jaga kesihatan, semua.

Sumber: Facebook Ainini Zainal via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×