Dapur

Resepi Mac & Cheese Paling Senang, Sebekas Tak Cukup!

2
SHARES

Hati ibu bapa mana yang tidak gembira melihat keceriaan di wajah anak-anak apabila dapat makan, makanan yang mereka gemari. Betul tak?

Begitu juga, dengan seorang ayah ini iaitu Encik Wan Luqman yang sanggup turun ke dapur memenuhi permintaan anak-anaknya. Jadinya, sambil itu beliau juga berkongsi Resepi Mac n Cheese untuk memudahkan ibu bapa di luar sana juga.

Baca juga: Teknik Bijak Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Supaya Nak Masak Tak Perlu Tunggu Lama!

RESEPI MAC & CHEESE PALING SENANG, SEBEKAS TAK CUKUP!

RESEPI MAC N CHEESE

Harini anak-anak request nak makan mek n cis. Tengok mostly barang semua dah ada kecuali cheddar dan macaroni pasta saja. Beli dekat kedai depan rumah ni je.

Happy gila diorang dapat makan mac n cheese. Dulu pernah beli kat Zus Coffee, not bad rasa dia. Sebekas RM12 tapi frozen punya lah. Bila kita order, mereka akan panaskan dalam microwave.

Tapi ni semua nak makan mac n cheese, buat sendiri save sikit.

BAHAN-BAHAN

  • 400gm Macaroni
  • 400ml Fresh Milk
  • 150gm Shredded Cheddar Cheese
  • Keju Mozzarella
  • Mix Herbs, Black Pepper & Garam
  • 1 Ulas bawang holland
  • Chicken Meatloaf

CARA-CARANYA:

Mula-mula rebus macaroni. Kanda rebus dalam 4 minit saja, half cook sebab nanti nak sambung masak dalam kuah.

Kalau nak rebus masak sekali dalam kuah pun boleh, korang tak payah rebus asing dan tak perlu buat roux dah.

Sebab kalau korang rebus / masak sekali air macaroni tu berkanji dan akan bantu pekatkan kuah tu dah.

Cairkan dalam 60gm butter, kemudian tumis bawang holland.

Masukkan 1sb tepung gandum dan gaul sekata. Ini proses untuk buat roux tau. Roux (butter + tepung) ni sebagai agent pemekat kuah.

Masakan barat kalau nak pekat kan kuah akan guna roux. Bukan guna tepung jagung.

Roux ni korang boleh buat banyak sekaligus sampai dia berketul. Kemudian simpan. Bila-bila nak pakai, cubit sikit dan masukkan ke dalam gravy untuk pekatkan.

Kemudian, masukkan susu.

Masukkan shredded cheddar cheese. Kalau takda, guna je slice cheese tu dalam 5-6 keping.

Cuma block cheddar ni rasa dia lebih cheesy. 1 pek shredded cheddar ni 200gm, harga dalam rm11 sepaket.

Masak sampai kuah dah nak pekat dan berat.

Masukkan macaroni yang telah direbus tadi.

Masukkan mix herbs, serbuk lada hitam dan garam.

Kalau anak-anak nak makan, boleh je tambah gula tu kasi ada manis sikit.

Tapi bawang Holland tu dah membuatkan dia manis semula jadi.

Last sekali masukkan chicken meatloaf. Kalau ada pepperoni pun boleh.

Gaul sekata dan rasa. Kemudian siapppp. So creamy sooo delicious!

Taburkan lebihan cheddar cheese dan taburkan mozzarella cheese.

Tapi sebab aku terlupa mozzarella cheese aku tak cukup, sikit je yang ada dalam peti. Korang beli dan tabur banyak-banyak atas ni.

Susun chicken meatloaf lagi. Boleh jugak jadikan bekalan untuk anak sekolah.

Pack siap-siap macam ni, korang frozen kan je lah. Esok-esok anak-anak cakap lapar dan kebetulan korang pun malas, ambik je dari peti, masukkan dalam microwave atau oven. Setel.

Ingat, kasi tambah mozzarella cheese dulu ye kasi penuh menutupi macaroni ni. Kalau nak panaskan dengan oven, panaskan oven dulu 10 minit pada suhu 180° baru masukkan.

Atau boleh juga balut dengan aluminium foil dulu takut duk leka berjoget dalam tiktok, hangus nanti. Hehe jadi aluminium foil tu untuk elakkan dia dari hangus.

Dah boleh makan, ni kalau tambah mozzarella lagi best.

Kebetulan ada container ni. Beli lama dah dari tahun lepas masa nak buat kunafa tu. Ni lebihan yang ada, jadi boleh la guna.

Sebekas tu cukup la 3 beradik ni makan. Tapi tak cukup jugak…nak lagi ayah! Haha! Besok pulak ye.

Sumber: Facebook Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×