Kalau sebut tentang makanan berkeju, mesti ramai yang terus telan air liur. Walaupun ia bukan makanan tradisi kita, tapi kebanyakan menu western seperti pizza, makaroni, pasta, lasagna dan pie sebenarnya dah lama diminati oleh orang Malaysia.
Macaroni cheese atau lebih popular dengan singkatan ‘mac & cheese’ antara menu popular yang mudah dibuat tau. Ia bukan saja sesuai untuk orang dewasa, tetapi juga sangat disukai oleh kanak-kanak.
Selalunya kalau nak makan makanan macam ni, kena cari di restoran Western dan harganya pula boleh tahan mahal. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah sebab ia sebenarnya sangat mudah!
Dengan MAGGI® PAZZTA™, anda hanya perlukan 5 minit dan 3 langkah mudah saja untuk siapkan hidangan Cheese Macaroni yang sedap serta lazat untuk keluarga anda.
Anda juga boleh cuba masak hidangan lazat ini dengan pelbagaikan bahan-bahan masakan lain seperti sayuran untuk hidangan yang lebih memikat selera!
BAHAN-BAHAN
MAGGI® PAZZTA™ Cheese Macaroni
250ml air
Serbuk oregano (jika perlu)
Serbuk cili (jika perlu)
Ayam/Daging/Sayuran dicincang (jika perlu)
CARA-CARA
1. Rebus Macaroni
Mula-mula, rebus macaroni MAGGI® PAZZTA™ dalam periuk yang berisi air. Kemudian, masukkan serbuk perasa MAGGI® PAZZTA™ Cheese Macaroni dan gaul rata.
2. Masukkan Ayam/Daging/Sayuran Dicincang
Tambahkan daging/ayam/sayuran cincang (jika perlu). Masak hingga kuahnya pekat selama lebih kurang 5 minit.
3. Taburkan Oregano, Serbuk Cili & Keju
Kalau nak lagi best, letakkan tambahan keju di atas makaroni yang masih panas. Boleh guna apa-apa jenis keju kesukaan anda. Kemudian taburkan oregano, serbuk cili dan ia siap untuk dihidang!
MAGGI® PAZZTA™ SENANG, CEPAT, MUDAH & SEDAP!
Haa… senang kan? Kalau anda nak tahu, MAGGI® PAZZTA™ adalah pilihan yang paling tepat sebab ia hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit saja untuk siapkan satu hidangan.
MAGGI® PAZZTA™ diperbuat 100% daripada gandum semolina yang merupakan sumber serat pemakanan yang baik, mengandungi bahan sebenar seperti cendawan dan keju serta yang paling penting disahkan halal oleh JAKIM.
MAGGI® PAZZTA™ hadir dalam dua pilihan iaitu MAGGI® PAZZTA™ Cheese Macaroni dan MAGGI® PAZZTA™ Mushroom Penne. Apa pun, anda boleh cuba sediakan hidangan lazat ni untuk keluarga di rumah ikut kreativiti dan citarasa masing-masing.
Kalau anda nak dapatkan kedua-dua variasi MAGGI® PAZZTA™ ini, anda boleh dapatkannya di kedai berhampiran atau terus beli di Shopee dan Lazada hari ini juga!