Dapur

Teknik Bijak Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Supaya Nak Masak Tak Perlu Tunggu Lama!

68
SHARES

“Nak, tolong keluarkan ayam daripada peti sejuk. Kejap lagi nak masak, senang tak payah nak tunggu lama-lama.”

Begitulah, kebiasaannya yang dialami sewaktu membuat persediaan untuk memasak ayam. Ayam keras yang baru keluar daripada peti sejuk memang susah nak dipisahkan kalau tak dicairkan dulu.

Jadi, nak pendekkan masa mencairkan ayam terutamanya buat golongan yang bekerjaya. Cuba muslihat ini.

Baca juga: Ada Beza Rupanya, Ini Resepi Tempe & Ragi Tempe. Senang Je Nak Buat!

TEKNIK BIJAK SIMPAN AYAM DALAM PETI SEJUK SUPAYA NAK MASAK TAK PERLU TUNGGU LAMA!

SEDIAKAN 2 BENDA INI…

  • Kertas minyak pembalut makanan
  • Bekas bersesuaian

MUSLIHAT MENYIMPAN AYAM KE DALAM PETI SEJUK:

1. Anda perlu sediakan kertas minyak pembalut makanan terlebih dulu. Biasanya, bewarna coklat yang digunakan untuk membalut nasi lemak.

2. Kemudian kertas pembalut makanan perlu dilipat dua mengikut saiz bekas. Pastikan ppermukaan kertas yang licin di bahagian luar untuk mudahkan ayam tidak melekat.

3. Susun ayam yang telah dibasuh cantik-cantik di atas lipatan kertas tersebut. Bila disusun kemas barulah boleh letak banyak ayam.

4. Boleh buat lapisan kedua pembalut kertas jika bekas disediakan itu tinggi. Letak sampai tiga lapisan pun boleh, jadi boleh simpan ayam yang banyak dalam satu bekas.

5. Sesudah itu, jangan lupa simpan dalam peti sejuk.

Taraaa~ dah siap! Cara ini sangat mudahkan anda, apabila bekas ayam dikeluarkan daripada peti sejuk. Tak perlu nak rendam lama-lama ayam kerana ayam tadi amat mudah dipisahkan.

Nak lebih jelas, boleh tengok video di bawah. Selamat mencuba!

VIDEO PENUH:

PERSEDIAAN SEBELUM

HASIL SELEPAS

Sumber: Tiktok Roseaffi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×