Dapur

Elak Keracunan, Ini Cara Kesan Ayam Busuk Dalam 3 KEADAAN – Mentah, Beku & Masak!

2
SHARES
cara mengesan ayam busuk

Kita semua tahu bahawa memakan ayam busuk boleh menyebabkan seseorang itu sakit teruk. Bukan sahaja ayam mentah, ayam masak juga boleh membuat anda sakit. Namun, bagaimana jika mempunyai ayam beku? Terdapat pelbagai cara mengesan ayam busuk dengan hanya menggunakan deria penglihatan, sentuhan dan rasa.

Mari ikuti cara mengesan ayam busuk dalam tiga keadaan iaitu ayam mentah, ayam beku dan ayam masak di bawah.

Baca juga: Resipi CUCUR Kentang Istimewa Letak Ikan Tenggiri Ganti Ikan Bilis, Lebih Umami!

CARA MENGESAN AYAM BUSUK

cara mengesan ayam busuk

Gambar: azerbaijan_stock

1. MEMERIKSA AYAM MENTAH

Perhatikan perubahan warna ayam mentah, di mana ia akan bertukar pudar seperti warna kelabu apabila mulai membusuk. Ayam mentah yang segar akan berwarna merah jambu seperti daging.

Cium aroma ayam mentah. Ayam mentah yang sudah busuk memiliki bau sangat menyengat seakan bau masam atau bau amonia. Jika ayam telah mulai berbau tak sedap atau sangat menyengat tidak kira bau apa pun, langkah terbaik adalah membuangnya.

Sentuh permukaan ayam untuk mengesan sekiranya ayam mentah sudah membusuk. Menguji melalui sentuhan adalah sedikit sukar daripada memeriksa warna atau aroma, kerana ayam secara semula jadi mempunyai rupa yang berkilat, sedikit lembab atau berair.

Walau bagaimanapun, jika kelembapan kekal walaupun selepas dibasuh di bawah air yang mengalir, maka ayam itu mungkin rosak. Jika terasa sangat melekit apabila disentuh, hampir pasti ayam itu sudah busuk.

Baca juga: RAHSIA Kacang Tanah Tahan Lama & Tak Cepat Busuk, Kena Rebus & Simpan Macam Ini!

2. CARA MEMERIKSA AYAM MENTAH BEKU

cara mengesan ayam busuk

Gambar: Shutterstock

Lihat ayam mentah yang ada lapisan ais. Jika lapisan ais nipis menutupi ayam, bermakna ayam sudah tidak elok. Ia akan menjadi lebih tebal seperti ais dalam peti sejuk yang tidak cair untuk jangka masa yang lama.

Sekiranya proses itu berlaku dengan betul, ayam akan membeku dengan cepat dan lapisan ais yang tebal tidak akan terbentuk. Jika ais berwarna putih, mungkin ada masalah berkaitan pembakaran beku (kerosakan makanan beku akibat dehidrasi atau kekeringan dan pengoksidaan).

Periksa pembakaran beku (freezer burn). Kerosakan akibat dehidrasi ditandai dengan adanya bintik-bintik atau bahagian putih pada ayam yang bukan sedikit. Tompok-tompok itu lebih kasar daripada kulit di sekelilingnya dan sedikit timbul.

Buat analisis warna ayam. Warna ayam sejuk beku lebih sukar untuk diperiksa. Sama ada ayam mentah atau ayam masak, kedua-duanya adalah serupa kerana ia akan berwarna kelabu atau kuning sedikit. Sekiranya warna ayam lebih gelap daripada kelabu, ia perlu dibuang segera.

Baca juga: Resepi Sambal Telur Pecah Lejen, Rupanya Kena Buat Cara INI Baru Menjadi!

3. PERIKSA AYAM MASAK SUDAH BUSUK

cara mengesan ayam busuk

Gambar: freepik

Cium bau ayam. Ujian bau boleh digunakan untuk ayam masak atau ayam mentah, tetapi kadang-kadang lebih sukar untuk mengesyaki bau ayam busuk jika rempah atau perasa lain menutupi baunya.

Jika boleh, periksa perubahan warna ayam. Kadang-kadang pemeriksaan ini tidak dapat dilakukan jika ayam telah ditaburi tepung atau warna telah ditukar dengan salutan adunan rempah. Sekiranya, ayam putih yang dimasak mula kelihatan kelabu, bermakna ayam tersebut tidak lagi selamat untuk dimakan.

Cari lokasi kulat cendawan. Kulat adalah salah satu tanda paling jelas dari ayam busuk. Ayam telah busuk teruk dan perlu dibuang dengan segera apabila ia mempunyai bulu halus berwarna hitam atau hijau, atau sebarang pertumbuhan organik pada permukaan ayam dan bau yang ‘tidak segar’.

Rasa ayam sebelum anda menelannya. Kalau anda tidak pasti sama ada ayam masak masih boleh dimakan atau tidak, anda boleh menggigitnya dengan berhati-hati. Jangan tergesa-gesa mengunyah dan menelannya, sebaliknya anda harus berhenti seketika dan menganalisis rasa dengan teliti.

Baca juga: Petua Hebat Mengenai Dunia Dapur Yang Jarang Didengari, Wanita WAJIB Tahu!

Sumber: WikiHowID

FT Image: Spoon University

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×