Petua dapur banyak dimanfaatkan oleh suri rumah tangga terutamanya, disebabkan ia sangat membantu dalam mempercepatkan proses memasak. Malah, petua di dapur ada pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan sewaktu berada di dalam ruang dapur.
Maka dengan itu, penulis ingin berkongsikan lagi petua dapur yang mungkin dalam kalangan pembaca di luar sana belum mengetahuinya. Tidak kira wanita mahupun lelaki anda boleh mencubanya di rumah!
Baca juga: Petua Rawat Masalah Buasir Ketika Hamil, Hanya Guna Putik Kelapa Muda Je!
PETUA DAPUR
1. Kupas kulit telur rebus
Agar telur rebus tidak sukar dikupas, jangan lupa untuk mencelupkannya ke dalam air sejuk semasa telur itu baru masak atau masih panas.
2. Cili api tak meletup
Nak elak cili api tak meletup bila digoreng, jangan lupa belah sedikit cili api dengan pisau sebelum digoreng.
3. Cuci bersih tanaman air
Semasa mencuci kangkung atau tanaman air yang lain, jangan lupa bilas dahulu dengan masukkan sesudu garam. Kemudian biarkan sekejap supaya haiwan kecil (lintah, siput, ulat air) yang mungkin hidup di batang dan daunnya mati.
4. Tauhu tahan seminggu
Cara untuk tauhu tahan lebih lama apabila disimpan, basuh bersih dengan air dan bilas dengan air panas. Kemudian lap dengan tuala kertas, simpan dalam tupperware, tutup rapat, sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Insya Allah boleh tahan sehingga 1 minggu.
5. Cara kesan telur sudah busuk
Kalau nak tahu sama ada telur itu busuk atau tidak boleh menggunakan ujian daya apungan air. Jika ia terapung di atas air itu tandanya telur itu busuk.
Baca juga: Petua Guna Kacang Hijau Manfaat Pada Orang Ada Vertigo, Migrain & Pitam!
6. Alatan masak yang kekuningan kusam

Gambar: reddit
Jika alat memasak kelihatan kusam akibat kotoran rempah yang berwarna seperti kunyit, segera ambil sesudu baking soda, masukkan sedikit air, gosokkan ke dalam kuali, biarkan seketika, kemudian bilas. Jika masih ada kesan, boleh diulang lagi.
7. Sayur tahan lama dalam peti sejuk
Apabila menyimpan sayur di dalam peti sejuk, jangan gunakan beg plastik, tetapi gunakan surat khabar atau majalah lama. Hal ini kerana, ia dapat mengelakkan lembapan sayur daripada berkumpul yang boleh menyebabkan sayur cepat rosak.
8. Meneutralkan bau peti sejuk
Bagi meneutralkan bau dalam peti sejuk, potong kentang dan letakkan di dalam rak peti sejuk kerana kentang boleh menghilangkan bau busuk di dalamnya.
9. Elak pedih mata hiris bawang merah
Letak bekas berisi garam di sebelah papan pemotong supaya mata tidak pedih apabila menghiris bawang merah.
Baca juga: Ada 7 Petua Mudah MELEGAKAN Gigitan Serangga, Guna Bawang Merah Pun Elok!
Sumber: Dapur Masak Simpel
FT Image: valeria_aksakova