Dapur

Ini 3 Kaedah ‘Power’ Simpan Daun Kucai, Segar Berbulan & Tak Berlendir!

280
SHARES
daun kucai

Daun kucai merupakan tanaman yang kerap digunakan sebagai penyeri hidangan dan penyedap rasa masakan. Biarpun rasanya seakan daun bawang, daun kucai ini juga membawa aroma yang boleh membangkitkan selera makan.

Seperti daun bawang, kucai juga mudah rosak apabila lama disimpan dan tidak digunakan. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah penyimpanan daun kucai yang boleh digunakan untuk memastikan ia segar dan tahan lama. Nak tahu caranya? Jom lihat tiga kaedah penyimpanan daun kucai di bawah.

Baca juga: Resipi Kaswi Jagung ‘Viral’, Guna 3 Jenis Tepung INI Baru Lebih Lembut Menggedik!

DAUN KUCAI

daun kucai

Gambar: karteldakwah

Kaedah 1: Simpan daun kucai dengan plastik wrap

Kaedah ini membolehkan daun kucai bertahan selama satu minggu.

  1. Basuh daun kucai bila hendak digunakan sahaja, dan yang selebihnya tidak perlu dibasuh.
  2. Daun kucai yang selebihnya itu, letakkan di dalam tuala kertas.
  3. Kemudian, bungkus di dalam plastik wrap secara memanjang sewaktu membalutnya.
  4. Pastikan balutan plastik wrap tidak terlalu ketat.
  5. Kemudian, simpan daun kucai tersebut di bahagian pintu peti sejuk kerana ia merupakan tempat paling hangat.

Elakkan membungkus kucai terlalu ketat kerana ia akan memerangkap kelembapan dan menyebabkan lebih cepat berkulat. Penggunaan tuala kertas pula untuk menyerap sebarang lembapan tambahan apabila daun kucai di simpan di tempat sejuk.

Selain itu, anda boleh juga guna beg plastik penyejuk beku yang kedap udara, selain plastik wrap.

Kaedah 2: Membekukan daun kucai

daun kucai

Gambar: Wikihow

Kaedah ini boleh menyimpan daun kucai selama enam bulan hingga satu tahun di dalam peti sejuk beku. Selepas enam bulan, kucai masih selamat untuk dimakan tetapi ia akan kehilangan sedikit rasanya.

Tempat terbaik untuk kucai ialah bahagian belakang peti sejuk, di mana ia paling sejuk. Suhunya adalah −18 °C sesuai untuk memastikan makanan anda lebih segar lebih lama.

Oleh kerana daun kucai sangat kecil, anda tidak perlu mencairkannya sebelum dimasukkan ke dalam masakan. Hanya keluarkannya dari peti sejuk apabila diperlukan.

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

  1. Bilas bersih daun kucai dengan air sejuk dan keringkan dengan tuala kertas.
  2. Keluarkan semua air yang berlebihan dengan menekan kuat daun kucai di antara dua tuala kertas.
  3. Hiris daun kucai menjadi kepingan pendek dengan gunting atau pisau.
  4. Kemudian, letak sekeping kertas parchment di atas bekas loyang.
  5. Susun daun kucai dalam satu lapisan di atas loyang dan pastikan ia tidak bertimbun di atas satu sama lain.
  6. Letakkan loyang di dalam peti sejuk selama 5 minit yang dinamakan sebagai proses pembekuan kilat.
  7. Setelah itu, masukkan daun kucai ke dalam bekas selamat beku tanpa kertas parchment.
  8. Pastikan ia bertutup rapat untuk memastikan kucai segar lebih lama.

Proses pembekuan kilat akan mengeraskan kucai sebelum memasukkannya ke dalam bekas supaya ia membeku sebagai kepingan berasingan dan bukannya bergumpal bersama. Boleh juga gunakan beg plastik penyejuk beku yang kedap udara, bekas kedap udara atau balang kaca.

Jika anda menggunakan beg plastik penyejuk beku, tekan beg itu dengan kuat untuk menolak keluar sebarang udara tambahan sebelum menutupnya.

Kaedah 3: Mengeringkan kucai 

daun kucai

Gambar: wikihow

Kaedah ini pula sesuai digunakan jika anda ingin menjadikan daun kucai sebagai herba. Simpan bekasnya di tempat kering sejuk selama 1 tahun.

Jauhkan kucai daripada cahaya matahari secara langsung dan jauhkan daripada kawasan panas seperti di atas dapur atau di tepi ketuhar. Almari gelap dan tertutup adalah tempat terbaik untuk menyimpan herba.

Labelkan bekas dengan nama dan tarikh untuk anda mengetahui tarikh tamat proses pengeringan.

  1. Ulang kaedah 2, langkah satu hingga lima.
  2. Masukkan loyang di dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga ia benar-benar beku.
  3. Keluarkan daun kucai dan segera cedok ke dalam bekas kedap udara bagi mengelakkan ia mencair beku dengan cepat.
  4. Gunakan beg plastik kedap udara, bekas atau balang dan tutupkannya dengan ketat untuk mengelakkan kelembapan.

Bagi menguji sama ada daun kucai telah dibekukan, ambil beberapa biji dan gosokkannya melalui jari anda. Anda akan rasas teksturnya yang rangup.

Baca juga: RAHSIA Sosej Homemade Lazat Guna Daun Pisang, Memang Kualiti Terbaik!

Sumber: Wikihow

FT Image: kumparan / Wikihow

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×