Dapur

Kaedah Simpan Cili Tahan & Segar Hingga 8 Bulan, Jimat & Menarik!

92
SHARES

Penulis andaikan memang jarang nak jumpa rumah di sini yang tiada bekalan cili. Nak pula lidah rakyat Malaysia dikenali suka masakan pedas yang memang begitu tahan pedas.

Bagi yang berkeluarga pula, kebanyakan mereka akan masak hari-hari di rumah berbanding yang tinggal bujang. Bila beli cili dalam kuantiti yang banyak tapi jarang guna untuk memasak, sudah pasti cili akan menjadi rosak. Sudah membazir di situ.

Baca juga: 13 Tips Mudah Tanam Pokok Daun Kesum, Jadi Merimbun Hasilnya!

KAEDAH SIMPAN CILI TAHAN & SEGAR HINGGA 8 BULAN

Sekadar gambar hiasan.

Penulis percaya, ada juga dalam kalangan anda mempunyai pelbagai cara, tips dan petua untuk menyimpan cili. Ada yang simpan dalam bekas, alas dengan tisu dan letak bawang putih.

Namun kali ini, penulis ingin berkongsi satu lagi tips yang dipercayai dapat bertahan sehingga lapan bulan. Menarik bukan? Perkongsian tips yang dibuat oleh Puan Haslinda ini amat mudah dan menyenangkan. Jom baca!

TIPS SIMPAN CILI TAHAN 8 BULAN & MASIH SEGAR!

Jiran berkebun tuai berkilo-kilo cili besar. Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar. Tips untuk simpan cili besar agar tahan lama. 

Menjengah di ruangan komen pula, penulis mendapati Puan Haslinda telah membalas pertanyaan-pertanyaan dari pengikut laman tersebut berkenaan penyimpanan cili yang lebih terperinci.

Malahan, bukan hanya cili besar sahaja tetapi cili api pun boleh ikut cara ini dan rasanya masih sama walaupun disimpan lama. Ini cara-caranya yang dapat disimpulkan:

CARA-CARA SIMPAN CILI DALAM PETI SEJUK!

1. Basuh cili terlebih dahulu, kemudian di tos sehingga kering.

2. Sediakan sebuah botol mineral dan masukkan cili tadi ke dalamnya.

3. Cili tidak perlu dibuang tangkai dan tidak perlu dimasukkan air juga.

4. Kemudian tutup botol dengan penutup botol.

5. Simpan botol berisi cili di dalam peti sejuk di bahagian bawah iaitu tempat simpanan sayur.

KAEDAH INI JUGA BOLEH SIMPAN HALIA & BAWANG

Semoga tips ini dapat membantu anda. Selamat mencuba dan berjimat!

Sumber: Facebook Has Linda via Berkebun D Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×