Dapur

RAHSIA Sosej Homemade Lazat Guna Daun Pisang, Memang Kualiti Terbaik!

2
SHARES
sosej homemade

Sosej merupakan snek yang sangat digemari pelbagai peringkat umur, terutamanya kanak-kanak. Sekiranya, anak-anak anda salah satu daripada mereka, apa kata mama dan papa belajar buat sosej homemade ini di rumah.

Kalau nak tahu resipi sosej homemade yang dikongsikan Puan Rosmirah Yussof ini lebih terjamin kebersihan dan kandungan bahannya. Boleh juga mama papa meletakkan pelbagai jenis bahan yang anak anda suka. Jom belajar buat!

Baca juga: WOW, Telur Masin Homemade Ini Tak Pakai Telur Itik Pun & Kos Lebih Jimat!

SOSEJ HOMEMADE

sosej homemade

Gambar: Rosmirah Yussof

Esok dah start sekolah mesti mak mak dah mula fikir nak bawakkan bekal apa untuk anak-anak. Jomlah buat sosej sendiri, lebih terjamin kebersihan dan kandungannya. Resepinya saya kongsi untuk manfaat bersama.

Bahan-bahan:

sosej homemade

Gambar: Rosmirah Yussof

  • 4 ketul dada ayam
  • 1/2 batang lobak merah potong nipis (boleh masukkan sayur lain jika suka)
  • 3 batang daun sup
  • 1 ulas bawang besar dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • 1 sudu stok ayam (boleh guna 1 ketul kiub ayam)
  • Sebiji telur
  • 3 sudu tepung jagung
  • 1/2 sudu teh daun oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam

Cara penyediaan adunan:

Gambar: Rosmirah Yussof

  1. Campurkan semua bahan dalam blender dan kisar sampai lumat.
  2. Bahan yang telah siap dikisar, kalau agak pekat sangat boleh tambah sedikit air untuk memudahkan dipaipkan dalam plastik.
  3. Kaub balikkan supaya ia sebati.

Bungkusan adunan dalam plastik aiskrim:

Gambar: Rosmirah Yussof

  1. Masukkan dalam plastik. Masuk separuh jangan penuh takut nanti terkeluar ikut belakang.
  2. Gunting bahagian hujung plastik.
  3. Picitkan dalam plastik aiskrim. Pastikan hujung lagi satu plastik aiskrim dipotong supaya tiada tekanan udara dan memudahkan adunan dimasukkan.
  4. Ikat kedua-dua hujung plastik aiskrim.

Gambar: Rosmirah Yussof

Baca juga: Rahsia TANAK Pulut Cantik Tak Melekat, Ini Resepi Pulut Durian Kuah Santan!

Adunan dalam daun pisang:

  1. Bagi yang tak suka guna plastik boleh bungkus guna daun pisang atau aluminium foil.
  2. Paipkan adunan memanjang ikut kesesuaian. Gulung adunan dan ikat bahagian hujung kanan kirim daun.

Gambar: Rosmirah Yussof

Proses kukus & goreng sosej homemade:

Gambar: Rosmirah Yussof

  1. Masukkan kedua-dua jenis adunan ke dalam pengukus dan kukus dalam 15-20 minit.
  2. Setelah siap boleh diangkat dan sejukkan.
  3. Buka pembalut sosej. Panaskan minyak dan boleh digoreng.
  4. Goreng dan balik-balikkan sampai kekuningan. Boleh juga di grill atau bakar dalam oven.
  5. Sosej yang telah siap digoreng, jika lebih bolehlah simpan dalam bekas dan difrozenkan.

Baca juga: Geng Kerja Terpaksa Guna ‘Handphone’..Kena Cuba Makan Buah Melon, Hebat Cegah Mata Rosak!

Sumber: Rosmirah Yussof via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Rosmirah Yussof

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×