Jika anda kekurangan idea untuk buat bekalan anak-anak untuk dibawa ke sekolah. Mari cuba idea dibawah yang divariasikan oleh Puan Anum Jauzy. Dapat berjimat dan pemakanan anak dapat dikawal juga. Tidak lagi risau dengan apa yang mereka makan di sekolah nanti.
Malah, tidaklah lagi kekeringan idea, anak pun jadi teruja nak cuba. Mungkin kawan-kawan si anak akan cemburu dengan bekalan yang dibawa anak anda. Sebab apa? Mana tidaknya hari-hari ke sekolah selalu bawa pelbagai menu yang berbeza.
Baca juga: Resepi Kuih Siput Rangup, Ringkas & Mudah Nak Buat!
IBU KONGSI 5 IDEA MENARIK BEKAL MAKANAN ANAK KE SEKOLAH
Ada orang marah di posting saya tahun lepas katanya saya tak support peniaga kantin. Sebenarnya tak salah pun beli di kantin, tapi dah rezeki saya jadi ‘pengurus rumah’, jadi dapat la buat bekal untuk anak ke sekolah.
Resepi ada di setiap gambar.
1. IDEA BEKAL PERTAMA
SET BEKALAN:
- Popia Sosej Keju
- Popia Jejari Ketam Keju
- Sos / Mayonis
- Tembikai
CARA-CARA BUAT POPIA SOSEJ KEJU & POPIA JEJARI KETAM KEJU
1. Sosej dan crab stick saya celur dulu.
2. Ambil kulit popia (besar), letak cheese, letak sosej belah dua dan gulung.
3. Sapu bancuhan tepung gandum di hujung untuk buat gam.
4. Goreng dalam minyak yang panas
2. IDEA BEKAL KEDUA
SET BEKALAN:
- Burrito beef
- Salad
- Kentang goreng
- Sos / Mayonis
CARA-CARA BUAT BURRITO BEEF
LANGKAH PERTAMA – INTI
1. Tumis bawang holland yang dipotong dadu dan bawang putih yang dicincang kasar.
2. Masukan daging mentah yang sudah dikisar ( kalau nak senang guna yang sedia ada),
3. Daging separuh masak masukkan rempah kari daging sikit.
4. All purpose seasoning: serbuk jintan manis dan jintan putih, lada putih dan lada hitam, juga garam.
5. Masukkan lada benggala, carrot dan tomato dipotong dadu.
LANGKAH KEDUA – CHEESE
1. Panaskan pure butter.
2. Masukkan susu full cream & mozarella cheese.
LANGKAH KETIGA:
1. Panaskan tortilla wrap sekejap.
2. Sapu mayonis di atas, letak inti, curah cheese dan gulung kemas.
3. Panaskan balik atas pan bagi hujungnya melekat.
3. IDEA BEKAL KETIGA
SET BEKALAN:
- Roti poket doraemon
- Anggur
- Sos / Mayonis
CARA-CARA BUAT ROTI POKET DORAEMON
LANGKAH PERTAMA – ROTI:
1. Roti dua keping tekap dengan penutup bulat.
2. Celup telur, golek atas serbuk roti.
3. Goreng dan gunting dua.
LANGKAH KEDUA – INTI:
1. Tumis bawang holland yang dipotong dadu
2. Masuk ayam yang dipotong kecil (atau boleh guna daging burger, sosej).
3. Carrot dipotong dadu.
4. Ayam dah masak letak lada putih, lada hitam dan garam.
5. Tutup api.
6. Campur inti dengan sos dan mayonis.
7. Gaul.
4. IDEA BEKAL KEEMPAT
SET BEKALAN:
- Meatball sandwiches
CARA-CARA BUAT MEATBALL SANDWICHES
LANGKAH PERTAMA – MEATBALL:
1. Meatball grill atas pan.
LANGKAH KEDUA – SOS:
1. Tumis bawang holland dan bawang putih.
2. Masukkan sos bolognese, garam, chili flakes, italian herbs, lada putih dan lada hitam.
3. Masukkan meatball, kacau rata.
5. IDEA BEKAL KELIMA
SET BEKALAN:
- Nasi goreng chicken chop
- Tembikai
Saya cuma buat nasi goreng cina dan ayam goreng tepung.
Selamat mencuba buat di rumah untuk anak-anak tau.
Sumber: Facebook Anum Jauzy via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
FT Image: FatCamera – Getty Images