Dapur

WOW, Telur Masin Homemade Ini Tak Pakai Telur Itik Pun & Kos Lebih Jimat!

20
SHARES
telur masin

Ramai yang sudah mengetahui, telur masin kebiasaannya dihasilkan dengan menggunakan telur itik. Namun, resepi telur masin homemade pada kali ini, hanya menggunakan telur ayam sahaja yang sangat mudah didapati.

Malah, kalau nak dibandingkan harga telur itik yang sedikit mahal dengan telur ayam, memang anda sudah jimat di situ. Selain itu, saudara Are Peace juga berkongsi petua bagaimana untuk memastikan kuning telur masin betul-betul berwarna oren. Jom, lihat resipinya di bawah!

Baca juga: Rahsia TANAK Pulut Cantik Tak Melekat, Ini Resepi Pulut Durian Kuah Santan!

TELUR MASIN HOMEMADE GUNA TELUR AYAM

telur masin

Gambar: Are Peace

Telur masin homemade

Setelah dua minggu rendam dengan air garam, guna telur ayam saja. Zaman-zaman sekarang ini semua kena jimat hehe. Telur gred B RM9.20 + garam kasar 1kg 80sen = RM10+ saja. Dapat 30 biji telur masin.

Bahan-bahan:

  • Telur ayam 30 biji
  • Garam kasar 1 kg
  • Air secukupnya (agak-agak telur itu tenggelam)

Cara-cara penyediaan:

telur masin

Gambar: Are Peace

  1. Masukkan garam kasar dan air dalam periuk.
  2. Masak atas api sehingga garam larut.
  3. Sejukkan dulu baru masukan telur.
  4. Rendam di tempat yang gelap selama 14 hari.
  5. Cukup 14 hari boleh tukar air rendaman dengan air biasa.
  6. Boleh di simpan dalam peti sejuk, apabila terasa nak makan baru rebus.

Petua nak bagi telur kuning itu jadi warna oren, masa peram pastikan simpan di tempat yang gelap. Lagi gelap lagi bagus. Saya simpan salam kabinet dapur.

Baca juga: Geng Kerja Terpaksa Guna ‘Handphone’..Kena Cuba Makan Buah Melon, Hebat Cegah Mata Rosak!

Sumber: Are Peace via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

FT Image: Are Peace

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×