Dapur

Pasangan ‘Viral’ Makan Telur Goreng Buaya, Ini Hukum Makan Telur Haiwan!

3
SHARES
hukum makan telur haiwan

Baru-baru ini, isu memakan telur haiwan eksotik seperti buaya sedang hangat diperkatakan dalam kalangan netizen terutamanya bagi orang Muslim. Persoalan yang paling banyak ditimbulkan adalah berkenaan hukum makan telur haiwan terutamanya dari spesis haiwan yang jarang telurnya dijadikan sebagai santapan.

Sebagaimana baru-baru ini, kisah pasangan suami isteri yang memasak telur goreng buaya di laman Tiktok, berjaya mendapat perhatian netizen di negara ini. Lantaran itu, apakah hukum makan telur haiwan terutamanya telur buaya yang merupakan hidupan dua alam ini? Jawapannya ada di bawah!

Baca juga: Selalu Bungkus Bawa Balik Makanan Dari Majlis Orang? Ini Hukumnya, Jangan Buat Main!

HUKUM MAKAN TELUR HAIWAN

hukum makan telur haiwan

Gambar: makalukhabar / travelscape

Semua sedia maklum, daging buaya dikategorikan sebagai najis kerana ia bukan daripada jenis haiwan yang halal dimakan, sama ada disembelih atau tidak.

Berkata Imam al-Nawawi Rahimahullah:

“Buaya adalah haram dimakan mengikut pendapat yang sahih.” Rujuk Raudhah al-Talibin (3/275).

Ini kerana buaya meskipun dilihat hidup dua alam tetapi ia lebih bersifat haiwan darat yang menerkam mangsanya dengan taring dan bukan sepenuhnya hidupan akuatik. Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (9/379) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah; Mughni al-Muhtaj (6/146) oleh Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah.

Ini bersesuaian dengan hadith Abu Tha`labah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ أَكْلِ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menegah daripada memakan setiap haiwan yang memiliki taring haiwan pemburu.” Riwayat al-Bukhari (5530) dan Muslim (1932)

Baca juga: Tips ‘Reapply Makeup’ Selepas Wuduk, Jimat Masa & Wajah Pun Segar!

Hukum makan telur buaya

hukum makan telur haiwan

Gambar: Tiktok khairuljohari27

Berdasarkan kapsyen saudara Khairul Johari di video tersebut, rasa telur mata buaya adalah kenyal dan sedikit berlemak terutama telur kuningnya. Cuma, bahagian telur putih mempunyai rasa sedikit berbeza.

“telor mata buaya ni rasa kenyal2 n creamy2 sikit.. tang kuning sedap.. tang putih tu rasa lain macam sikit,” ujarnya di kapsyen.

Melalui portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berdasarkan para ulama’ mazhab al-Syafie mengenai hukum memakan telur haiwan, secara asasnya membolehkan untuk memakan telur haiwan. Lihat al-Mu’tamad (2/588).

Namun, sekiranya memberikan mudarat maka haram dimakan telur tersebut. Ini selaras dengan hadith Nabi SAW:

لَا ضَرَرَ وَلا ضِرَار

Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri dan orang lain.” Riwayat Ibn Majah (2341)

Malah, perkara ini turut dibahaskan oleh beberapa fuqaha’ Mazhab al-Syafie antaranya:

سَائِرُ الْبُيُوضِ طَاهِرَةٌ وَلَوْ مِنْ غَيْرِ مَأْكُولٍ وَإِنْ اسْتَحَالَتْ دَمًا بِحَيْثُ لَوْ حُضِنَتْ لَفَرَّخَتْ، وَلَكِنْ يَحْرُمُ أَكْلُ مَا يَضُرُّ كَبَيْضِ الْحَيَّاتِ

Maksudnya: Kesemua telur suci meskipun daripada [haiwan yang] tidak di makan [dagingnya], walaupun telah berubah [menjadi] darah di mana jika diperam, akan menetas. Namun diharamkan memakan apa yang memudaratkan seperti telur ular. Lihat kitab Qalyubi wa Umairah (1/82)

Imam al-Suyuthi menyatakan hukum memakan telur haiwan-haiwan dan telur ular adalah:

. لَيْسَ لنا بَيْضٌ يُحَرِّم أَكْلَهُ وَاِسْتَثْنَى بَعْضَهُمْ بَيَّضَ الحَيَّاتِ وَالحَشَرَاتِ وَ لَا شَكَّ فِيهُ

Maksudnya: Tiada telur yang diharamkan bagi kita memakannya. Sesetengah [daripada] mereka (ulama Mazhab al-Syafie) mengecualikan telur ular dan serangga. Tiada syak padanya (pengecualian ini). Lihat al-Asybah wa al-Nazoir (1/695).

Kesimpulan

Berdasarkan hujah di atas, jelaslah telur-telur haiwan lain dihukumkan sebagai halal dengan syarat tidak memudaratkan. Manakala, telur ular dan serangga haram dimakan.

Baca juga: Dapat Tawaran Haji Tapi Ibu Gusar Nak Tinggalkan Anak, Siapa Sangka Rupanya…

Sumber: khairuljohari27 / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×