Nur

Ahli Kimia Kongsi Fakta Menarik Buah Kurma, Jenis Tak Pernah Tengok Pun Ada!

10
SHARES
buah kurma

Siapa saja yang tidak mengenali buah kurma sebagai makanan sunnah yang pasti ada ketika berbuka puasa bagi umat Islam seluruh dunia. Boleh juga dikatakan sebagai makanan rasmi pada bulan Ramadan.

Terdapat pelbagai fakta menarik mengenai buah kurma yang tersimpan dan mungkin dalam kalangan anda belum mengetahuinya. Justeru itu, mari ikuti perkongsian yang dibuat oleh Doktor Fatimah Salim mengenai beberapa fakta buah kurma.

Baca juga: #HariWanitaSedunia: Menyingkap Riwayat Srikandi Islam Terulung, Boleh Namakan Anak Perempuan!

AHLI KIMIA KONGSI FAKTA MENARIK BUAH KURMA, JENIS TAK PERNAH TENGOK PUN ADA!

Esok, umat Islam di Malaysia akan bermula puasa Ramadan. Pastinya, bulan puasa ini tidak boleh dipisahkan dengan hidangan kurma semasa berbuka. Jom kita ambil tahu fakta-fakta menarik tentang kurma.

FAKTA-FAKTA MENARIK TENTANG KURMA!

1. TERDAPAT LEBIH 1,500 SPESIS KURMA

Tahukah anda terdapat lebih daripada 1,500 spesis kurma? Dan spesis kurma utama yang dikomersialkan adalah dari jenis Phoenix dactylifera.

Kurma jenis ini mempunyai 12-21 kepelbagaian sub-spesis. Kepelbagaian rupa bentuk kurma-kurma ini adalah disebabkan oleh kepelbagaian komposisi kimia di dalamnya. Contoh gambar di atas menunjukkan jenis-jenis kurma dan ciri-ciri setiapnya.

2. KAYA SUMBER BAHAN KIMIA SEMULA JADI

Kurma kaya dengan sumber bahan kimia semula jadi yang bermanfaat untuk tubuh atau lebih dikenali dengan istilah nutrien. Ini termasuklah karbohidrat, protein, serat, vitamin (A, B, C, E, K), mineral (potassium, kalsium, magnesium, phosphorus, zat besi dan zink).

3. MERUPAKAN SUMBER TENAGA SEGERA

Kurma juga merupakan sumber tenaga segera kerana lebih daripada 80% kandungan karbohidratnya adalah dalam bentuk gula ringkas iaitu fruktosa, glukosa, sukrosa dan maltosa.

Sebab itulah kurma digalakkan ambil semasa berbuka puasa. Fruktosa adalah gula yang paling manis terdapat dalam buah secara semulajadi.

4. KAYA DENGAN SUMBER SERAT

Selain daripada itu, kurma juga kaya dengan sumber serat (larut dan tidak larut air) yang membantu dalam sistem penghadaman. Juga fitokimia yang bertindak sebagai antioksida seperti flavonoid, carotenoid dan asid phenolik, yang mana baik untuk mengekalkan kesihatan sel-sel badan.

PASTIKAN TURUT MENGAWAL JUMLAH PENGAMBILAN BUAH KURMA!

Disebalik banyak kelebihan kurma ini, jumlah pengambilan perlu dijaga terutamanya kandungan gula dan potassium yang tinggi. Mereka yang perlu mengawal gula dan mempunyai masalah buah pinggang haruslah lebih berwaspada dalam pengambilan.

Bagi mereka yang ada stok kurma yang banyak, bolehlah kisar dan buat pes untuk dicampurkan dalam masakan, pestri dan minuman seperti susu, menggantikan gula putih aka sukrosa sebagai bahan pemanis.

Semoga bermanfaat.

ChM Dr. Fatimah Salim, Ahli Kimia.

Sumber: Facebook Fatimah Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×