Nampaknya, bulan yang paling dinantikan oleh seluruh umat Islam iaitu Ramadan bakal tiba! Inilah masanya untuk seluruh umat Islam menggandakan amalan dan wajib menunaikan ibadah puasa. Bukan itu sahaja, pembelian stok buah kurma untuk dimakan semasa berbuka dan sahur juga dilakukan kerana khasiat buat kurma yang boleh membuatkan perut tahan lapar. Tapi, katanya buah kurma ini lagi sedap dimakan bersama pure butter?
Pure butter atau mentega yang merupakan lemak berkhasiat ini dicadangkan untuk menjadi bahan tambahan semasa anda makan buah kurma. Bukan sahaja sedap tetapi hasil testimoni ramai mengatakan cara ini memang membuatkan perut rasa kenyang walaupun makan sebiji sahaja!
Baca juga: Teknik Paling Ekspres Kupas Bawang Merah Ramai Tak Tahu, Boleh Tarik Macam Selaput Je!
MAKAN BUAH KURMA BERSAMA PURE BUTTER (MENTEGA) LAGI SEDAP!
Semalam Syeikh Mesir juga guru Al Quran saya datang ziarah di showroom. Saya hidangkan beliau zaatar dan minyak zaitun Al Ard. Kebetulan ada kurma medjoul. Syeikh ajar buang biji kurma dan letak kacang badam. Tapi saya nak bagi sedap lagi saya letak butter dan pelbagai kacang (melawan hukum syeikh).
Serius tak tipu memang sedap sangat! Kurma Medjoul ni lembut cair dalam mulut, ditambah pula dengan rasa lemak masin dari butter dan rangup dari kacang badam. Nak lagi sedap letak dalam peti sejuk 30 minit. Makan dalam keadaan sejuk butter lagi rasa sedap berlemak macam kita makan aiskrim.
Bahan-bahan:
-Kurma (terpulang nak kurma jenis apa pun boleh tapi disarankan jenis Medjoul)
-Mentega (Pure butter)
-Kacang badam
Disarankan untuk makan sebiji pun dah cukup jika untuk sahur nanti tapi kalau nak lebih pun boleh. Serius saya makan malam tadi sekarang jam 11 pagi masih lagi rasa kenyang. Kalian patut cuba untuk sahur nanti. Pastikan beli buah kurma medjoul 100% dari negara Islam ya!
PELIK KE? RUPANYA INI KEGEMARAN RASULULLAH SAW..
Tamar (kurma kering) ditambah dan digandingkan bersama mentega mungkin kedengaran agak pelik untuk anda yang tidak pernah cuba. Ramai yang tidak tahu bahawa, ia merupakan men kegemaran Rasulullah SAW. Dari Abdullah ibn Busr dan Atiyyah ibn Busr, mereka berkata:
“Rasulullah SAW telah masuk ke rumah kami. Lalu kami menyediakan mentega dan tamar. Baginda menyukai mentega dan tamar.” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)
*Namun, diberi peringatan supaya menggunakan mentega ya bukan marjerin!
Baca juga: Resepi Sambal Ketuk Ikan Goreng, Tengok Pun Tahu Ini Nikmat Yang Tidak Terkata!
Sumber: Muhammad Hassan, Maktabah Al-Bakri