Sebut sahaja mengenai sambal, sudah pasti tidak asing lagi dengan selera orang Malaysia khususnya orang Melayu. Buat anda yang wajib ada sambal sebagai penambah selera santapan setiap hari pasti sudah kebuntuan jenis sambal apa lagi yang perlu dicuba. Inilah masanya untuk anda selongkar resepi sambal ketuk ikan goreng yang akan membuatkan lidah rasa terliur.
Bukan sahaja menunya ringkas, malah sambal ketuk ini juga boleh dijadikan sebagai lauk untuk bersahur di bulan Ramadan nanti. Waktu sahur pun berselera makan, barulah boleh simpan banyak tenaga sepanjang berpuasa!
Baca juga: Cara Buat Sambal Sardin Berapi Versi Hancur, Berpinggan-Pinggan Tambah Nasi!
RESEPI SAMBAL KETUK IKAN GORENG, WAJIB BUAT!
Lauk ni memang tak boleh buat selalu,nanti nangis tepi bucu meja, nak angkat badan tak larat sebab kenyang sangat!
Bahan-bahannya:
-2 ekor ikan kembung
-5 biji bawang merah kecil
-Cili padi (ikut banyak mana anda suka)
-1/2 Belacan
-Limau nipis
-Garam dan gula
Cara-caranya:
1.Pertama sekali, gaul ikan bersama garam dan gorengkan sehingga garing.
2.Kemudian carik-carikkan isi ikan goreng tersebut.
3.Bekas minyak yang digunakan untuk goreng ikan tadi boleh digunakan semula. Masukkan bawang, cili padi dan belacan untuk digoreng sebentar.
4.Selesa goreng dalam 5 minit, masukkan bawang dan cili tersebut ke dalam bekas lesung batu untuk ditumbuk.
5.Sambil tumbuk cili dan bawang, masukkan gula dan garam serta isi ikan goreng yang telah dicarik.
6.Tumbuk dan gaul dengan sebati. Perahkan sedikit air limau nipis dan siap untuk dimakan!
*Memang ini merupakan lauk yang simple dan mudah untuk dibuat tetapi rasanya sangat sedap sehingga anda boleh tambah nasi berpinggan-pinggan!
Baca juga: Cara Masak Bihun Goreng Putih Tak Putus ‘Sebijik’ Macam Tok Buat, Kena Letak Air Rebusan Ini..
Sumber: Mori Said Kitchen