Dapur

Cara Buat Sambal Sardin Berapi Versi Hancur, Berpinggan-Pinggan Tambah Nasi!

9
SHARES
sambal sardin sedap

Setiap kali sampainya ke penghujung bulan, pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah berjimat-cermat dalam pemilihan makanan. Mana tidaknya, ada yang sudah dapat gaji dan telah habis digunakan untuk membayar bil manakala ada yang masih belum mendapat gaji. Jadi, salah satu menu yang popular adalah sambal sardin! Tapi, macam mana nak buat sambal sardin sedap?

Untuk geng-geng bujang yang ingin berjimat, ada caranya untuk anda mempelbagaikan menu berasaskan sardin tin ini iaitu dengan menjadikannya sambal sardin. Malah, resepi sambal sardin yang dikongsikan ini bukan sahaja akan popular ketika hujung bulan kerana bila-bila masa pun sesuai untuk dimakan.

Baca juga: Resipi Kuih Bakar Pandan Versi Guna Pengisar, Manis Berlemak & Lembut Kejadiannya!

CARA MASAK SAMBAL SARDIN SEDAP BERAPI

sambal sardin sedap

Bahan-bahannya:

-1 tin sardin saiz kecil
-10 biji cili padi
-1 biji bawang besar India
-3 biji bawang putih
-1 senduk cili kering kisar
-1 sudu kecil pes asam jawa
-1 sudu besar gula pasir
-Beberapa helai daun limau purut
-Secubit garam

Cara-caranya:

1.Tumbuk cili padi, bawang besar dan bawang putih bersama menggunakan lesung batu

2.Panaskan minyak dalam kuali

3.Tumis bahan yang ditumbuk tadi dulu

4.Masukkan cili kering yang telah dikisar

5.Kemudian saya tak guna sos sardin itu, saya ambil ikannya sahaja

6.Boleh letakkan pes asam jawa

7.Boleh letak gula dan garam bagai dan tunggu untuk pecah minyak. Siap

8.Akhir sekali, boleh letakkan daun limau purut supaya lebih wangi!

sambal sardin sedap

*Sedapnya dijadikan lauk bersama nasi panas di hujung bulan ini kan? 

Baca juga: Cara Masak Bihun Goreng Putih Tak Putus ‘Sebijik’ Macam Tok Buat, Kena Letak Air Rebusan Ini..

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×