Kalau dah jemu dengan hidangan roti telur, anda boleh cuba resepi roti goreng seperti perkongsian di bawah ini. Lebih sedap kerana rangup dan paling penting sekali tak serap minyak.
Selain dijadikan hidangan menu petang, anda juga boleh menyediakan roti goreng anti serap minyak ini untuk sarapan anak atau bekal ke sekolah. Sedapnya!
Baca juga: 5 Makanan Tak Boleh Kisar Dalam Blender, Ramai Dah Buat Kesalahan Ini!
RESEPI ROTI GORENG TAK SERAP MINYAK TAPI KEKAL RANGUP
Bahan-bahan:
- 5-6 keping roti
- 4 sudu besar tepung gandum*
- 3 sudu besar tepung jgung*
- 3 sudu besar tepung beras*
- 1 cawan air ais*
- 1 biji telur*
- Sedikit daun sup*
- Sedikit lobak merah yang disagat*
- Sedikit garam*
- Sedikit gula*
Cara-cara penyediaan roti goreng:
1. Satukan semua bahan bertanda (*) di atas.
2. Seterusnya, ambil potong dan potong mengikut cita rasa anda.
3. Setelah itu, celupkan roti ke dalam adunan dan goreng dalam minyak banyak serta panas.
4. Goreng sehingga kekuningan dan hidangkan bersama sos atau mayonis pilihan anda.
Sedap tak terhingga dan selamat mencuba!
Baca juga: Kuih Cara Manis Versi Inti Jagung, Rasa Lebih Berlemak & Rangup Di Tepi
Sumber: Facebook Noryue Rania