Dapur

5 Makanan Tak Boleh Kisar Dalam Blender, Ramai Dah Buat Kesalahan Ini!

43
SHARES
PENGISAR MAKANAN

Apabila menggunakan mesin pengisar makanan di rumah, pasti rata-rata anda akan memasukkan semua bahan ke dalam blender tersebut.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa terdapat 5 jenis makanan tidak sesuai dimasukkan dalam pengisar makanan seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Kuih Cara Manis Versi Inti Jagung, Rasa Lebih Berlemak & Rangup Di Tepi

5 BENDA TAK BOLEH MASUK DALAM PENGISAR MAKANAN

PENGISAR MAKANAN

1. Adunan kuih

Adunan kuih seperti kek tidak dibenarkan masuk ke dalam pengisar makanan kerana hasilnya tidak baik. Mata bilah pengisar makanan tidak cukup berkesan untuk sebatikan semua bahan.

Lebih baik sekiranya menggunakan mixer seperti disyorkan.

2. Makanan berbau busuk

Makanan berbau busuk atau kuat tidak disyorkan untuk digunakan dalam pengisar makanan. Hal ini kerana aromanya akan melekat pada kaca pengisar.

Antara contoh makanan berbau busuk dan kuat adalah bawang merah, bawang putih dan halia. Sekiranya anda masih ingin menggunakan di dalam pengisar makanan, pastikan berasingan dengan bahan lain.

3. Makanan panas

Selain makanan berbau busuk atau aroma kuat, anda juga tidak disyorkan untuk memasukkan makanan panas ke dalam mesin pengisar.

Kebiasaannya orang sering memasukkan bubur panas atau sup supaya lebih halus dan mudah dimakan oleh anak kecil. Makanan yang panas sebenarnya menghasilkan wap dan tekanan berlebihan di dalamnya. Ini boleh menyebabkan ia meletup dan berbahaya.

4. Makanan sejuk beku

Makanan sejuk beku tidak disarankan untuk masuk ke dalam pengisar kerana ia boleh menyebabkan bilah pengisar patah atau rosak.

5. Kentang

Akhir sekali, pengisar makanan di rumah anda tidak disyorkan untuk mengisar kentang. Hal ini kerana kentang mengandungi banyak kanji.

Hal ini bermakna, sekiranya anda menghancurkan kentang menggunakan mesin pengisar makanan, lebih banyak kanji akan dihasilkan dan menyebabkan masakan tidak menjadi.

Baca juga: Resepi Sandwich Telur Goreng, Rangup Macam Ini Pasti Lebih Sedap!

Sumber: Detik Food

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×