Bagi memudahkan kerja-kerja semasa memasak seperti menghancurkan cili, penggunaan pengisar atau blender merupakan langkah untuk memudahkan kerja. Namun, perasan atau tidak apabila pengisar digunakan banyak dan cara cuci blender tidak betul, mesti akan ada bau yang tak sedap apabila anda ingin mengisar bahan berbeza.
Bayangkan kalau nak kisar buah untuk buat jus, masih ada lagi bau dan rasa selepas menggunakannya untuk kisar bawang sebelum ini. Tak sedap!
Baca juga: DIY Lampu Pelita Guna Minyak Masak, Tak Sangka Sampai Subuh Pun Menyala Lagi!
CARA CUCI BLENDER UNTUK HILANGKAN BAU TAK SEDAP
Untuk menghilangkan bau itu, anda hanya memerlukan dua bahan sahaja iaitu beras dan limau nipis. Cara menghilangkan bau:
1. Masukkan dua biji limau nipis ke dalam pengisar.
2. Kemudian masukkan tiga sudu besar beras.
3. Masukkan sedikit air.
4. Kisar seberapa lama yang anda mahu.
5. Akhir sekali, bilas dengan air bersih.
Selepas melakukan lima langkah mudah ini, anda akan mendapati bau-bau busuk yang terhasil daripada kisaran bawang dan cili yang terdahulu hilang dengan serta-merta. Barulah setiap bahan makanan yang dikisar tidak melekat baunya di pengisar!
Baca juga: Cara Cuci Mesin Pengisar Yang Dah Kuning & Berkerak Guna Beras, Automatik Baharu!
Sumber: MStar