DIY & Kraf

Rupanya Fungsi Touch N Go Pada MyKad Anda Ada Tarikh Luput, Ini Cara Untuk ‘Renew’

12
SHARES
renew touch n go

Penggunakan kad tambah nilai seperti Touch N Go sudah menjadi kelengkapan yang wajib bagi anda yang sering menggunakan pengangkutan awam dan laluan bertol. Bukan sahaja menggunakan kad TNG yang asal, malah ramai juga yang menggunakan kad pengenalan sebagai alternatif untuk tambah nilai. Namun tahukah anda fungsi Touch N Go pada kad pengenalan mempunyai tarikh luput dan anda perlu renew Touch N Go tersebut?

Sama seperti kad TNG biasa, sistem TNG MyKad anda mempunyai tempoh sah selama 10 tahun. Sementara itu, kad TNG asal dipertingkatkan dengan mempunyai jangka hayat selama tujuh tahun. Jadi, bagaimana nak memperbaharui jangka hayat TNG MyKad anda?

Baca juga: Guna Cara Orang Jepun Jejak Kucing Hilang Dari Rumah, Lagi ‘Power’ Boleh Baca Doa INI!

CARA RENEW TOUCH N GO DALAM KAD PENGENALAN YANG TAMAT TEMPOH

renew touch n go

Foto: Touch N Go Malaysia

Ramai yang baru tahu mengenai ini dan menurut pengguna Instagram @iambrosham, anda boleh memperbaharuinya di mana-mana stesen LRT. Apa yang anda perlu buat adalah, hanya maklumkan kepada kakitangan bahawa anda ingin melanjutkan tarikh tempoh sah TNG MyKad anda dan mereka akan dapat memperbaharuinya sehingga tiga tahun.

Jika anda masih mahu menggunakan MyKad anda sebagai kad TNG selepas tiga tahun itu tamat, @iambrosham berkata anda perlu menukar MyKad anda.

Bagaimanakah cara untuk menyemak sama ada TNG MyKad saya telah tamat tempoh? Anda boleh mencari tarikh luput pada resit apabila anda reload semula kad. Menurut MyRapid, anda juga boleh mengetahui nombor siri 10 digit TNG MyKad anda daripada resit yang diperolehi.

Contoh nombor 10 digit

Nombor siri ini penting kerana ia boleh digunakan untuk menambah nilai MyKad pada aplikasi e-dompet TNG anda, membolehkan anda mengetahui jumlah baki yang anda tinggal dan tarikh luputnya.

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan nombor siri dengan menggunakan mana-mana kios layan diri TNG dengan memasukkan MyKad.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh bertanyakan tentang nombor siri di mana-mana pejabat perkhidmatan pelanggan bas atau kereta api Rapid KL.

Jika TNG MyKad telah tamat tempoh dan anda tidak mahu menggunakannya lagi, anda boleh meminta bayaran balik baki kad dengan KLIK DI SINI. Menurut TNG, permintaan bayaran balik akan diproses dalam tempoh 14 dan 30 hari dari tarikh penyerahan.

Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi pasukan Careline mereka melalui e-mel ([email protected]), atau @MyTouchnGo di Facebook/X.

renew touch n go

Foto: Touch N Go

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bro Sham (@iambrosham)

*Baru tahu!

Baca juga: Senang Sangat Nak DIY Tisu Basah Untuk Lap Dapur & Bersihkan Rumah, Jimat Belanja!

Sumber:  Instagram @iambrosham

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×