DIY & Kraf

Elak Buat 7 Perkara Ini Kalau Tak Nak Enjin Kereta Cepat Rosak, Rasa Macam Kereta Baharu!

21
SHARES
enjin kereta

Bagi mendapatkan pemanduan yang selamat, penjagaan kereta yang anda pandu perlu dilakukan secara teliti dan berkala. Jadi, jantung bagi sesuatu kenderaan adalah enjin dan bermula dari enjin kereta inilah anda perlu beri perhatian. Khususnya buat wanita, terdapat beberapa perkara yang perlu anda belajar supaya tidak merosakkan enjin kereta dalam tempoh yang cepat.

Berikut merupakan 7 perkara asas yang setiap individu perlu elak lakukan secara kerap supaya enjin kereta sentiasa sihat. Tidaklah kering poket kalau nak bawa ke bengkel bukan?

Baca juga: Tips Jaga Tayar Kereta Elok-Elok Supaya Tak Perlu Habis Duit Nanti, Jangan Tahu ‘Drive’ Je!

JANGAN BUAT 7 BENDA INI SELALU KALAU TAK NAK ENJIN KERETA ROSAK

enjin kereta

1.Hidupkan enjin dengan betul

-On suis dahulu (jangan hidupkan). Pastikan semua lampu di meter menyala
-Kemudian gerakkan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga paling bawah

2.Jaga minyak hitam

-Minyak auti dan penapis auto hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan ( yang mana dulu)
-Elakkan tukar minyak auto tanpa membuka takung minyak auto

3. ‘Step 2’

-Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan ‘step 2’ atau step kedua selepas ‘N’
-Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500, tukar kembali kepada ‘D’ atau satu step di bawah ‘N’
-Bila kereta dimulakan pergerakannya dalam keadaan terpaksa, ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin

4. Elak kondisi jalan teruk

-Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir
-Untuk mengelakkan pintu kotak gear dimasuki air boleh menyebabkan ‘clutch plate’ terbakar

5.Jauhi bukit

-Elakkan dari selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap
-Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit

6. Gear reversed

-Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap
-Penggunaan gear reversed yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak

7.Jangan terlalu agresif dan kasar

-Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda
-Akan memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’

enjin kereta

Foto: Carsome

*Selamat menjaga kereta!

Baca juga: Jangan ‘Main’ Tekan Minyak Je, Ini 8 Jenis Huruf Di Tayar Kereta Anda WAJIB Tahu

Sumber: JPJ Negeri Selangor

Foto: Dugger Services 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×