DIY & Kraf

Tips Jaga Tayar Kereta Elok-Elok Supaya Tak Perlu Habis Duit Nanti, Jangan Tahu ‘Drive’ Je!

35
SHARES
cara cek tayar kereta

Pemanduan kereta yang selamat dan selesa adalah bergantung kepada kualiti tayar kereta tersebut juga. Bukannya apa, kalau tiba-tiba rasa ada tidak kena semasa memandu, disalahkan perkara lain rupanya ada masalah pada tayar kereta sendiri. Bila ada masalah, tahu tak cara cek tayar kereta anda?

Penjagaan tayar kereta perlu dilakukan secara berkala supaya kesihatan tayar berada pada tahap optimum. Ada perkara yang anda tak boleh buat semasa memandu untuk menjamin kualiti tayar kereta seperti yang disenaraikan di bawah.

Baca juga: Jangan ‘Main’ Tekan Minyak Je, Ini 8 Jenis Huruf Di Tayar Kereta Anda WAJIB Tahu

CARA CEK TAYAR KERETA, KENA JAGA KALAU TAK NAK HABIS DUIT

cara cek tayar kereta

#1 Check tekanan tayar (pressure)

Inilah benda yang orang selalu terlepas pandang. Kadang-kadang tu elok je biarkan tayar sebelah kurang angin lepas tu claim cakap kena buat camber alignment. Tayar yang kurang pressure akan memendekkan hayat tayar, nanti poket asyik ‘bocor’ je.

#2 Alignment dan Camber

Penyebab utama yang selalu asyik tukar tayar pasal apa? Sebab jarang buat alignment dan camber. So tayar akan makan tak rata,  within 5000 to 10000km je tayar akan bertahan sebelum dia akan jadi tak sempurna.

#3 Tukar Lokasi Tayar 

Rajin-rajin lah setiap 10,000 kilometer, swap tayar depan ke belakang dan belakang ke depan. Ini untuk memastikan tak ada tayar yang overload dan pada masa yang sama juga dapat la check kalau ada unever wear dekat tayar tu.

#4 Speedlimit 

Salah satu faktor tayar cepat haus bila kaki anda semua berat macam batu konkrit. Selalu ikut speedlimit sebab lebih laju kereta tu lebih cepat tayar tu akan rosak. Nak pandu laju tak salah tapi kalau hari-hari dah speedlimit 140-160, tak boleh jadi!

#5 Expired Tyres 

Pergi check tayar kereta anda sekarang mana la tau dulu beli kereta tak pernah tukar tayar lagi. Alasan sebab pakai 10 tahun jalan tak sampai 20,000 kilometer.  Sentiasa ingat tayar pun ada lifespan atau jangka hayat, tak semestinya kena tunggu botak atau due 6-8 tahun. Check manufacturing date!

#6 Pothole 

Kurang-kurangkanlah langgar pothole/lubang jalan. Lagi satu kalau lalu dekat tepi Sunway Pyramid tu ada speed strip kan boleh slow sikit. Ini pun penyumbang kepada kerosakan tayar kalau tak jaga nanti tayar boleh jadi bengkak.

cara cek tayar kereta

*Wanita kena tahu bab-bab tayar kereta ini juga. Jangan tahu pandu je!

Baca juga: Cara Paling Berkesan Halau Lipan ‘Berkampung’ Dalam Bilik Air, Sekali Buat Dah Lari!

Sumber: Twitter @serviskereta

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×