DIY & Kraf

Cara Nak Isi Angin Tayar Kereta Untuk Anda Yang Pertama Kali Nak Buat

19
SHARES

Kereta yang dipandu mestilah harus mempunyai angin yang mencukupi di tayarnya supaya ianya selamat untuk dipandu. Selain dapat membuat perjalanan anda selamat, ianya juga dapat menjimatkan duit anda kerana boleh mengurangkan penggunaan minyak dalam tangki kereta anda.

Percaya atau tidak masih ramai lagi orang di luar sana yang tidak tahu bagaimana nak isi angin tayar kereta. Nak pam tayar itu memang senang, tetapi kalau terlebih angin susah apatah lagi kalau terkurang angin. Oleh itu, seorang pengguna TikTok @aiyootan telah berkongsi bagaimana nak isi angin tayar dengan betul.

Baca juga: Cara Nak Hilangkan Bau Busuk Dalam Peti Ais, Dah Wangi Semerbak!

CARA NAK ISI ANGIN TAYAR DENGAN BETUL

Nak pam tayar ada caranya. Jadi, ikutlah panduan ini supaya tayar anda berada dalam keadaan yang baik. Anda disarankan untuk menyelenggara dan memastikan tayar kereta berada dalam keadaan selamat sepanjang masa untuk mengelakkan situasi yang tidak diingini daripada berlaku.

Selain itu, anda juga disarankan untuk memastikan tekanan angin tayar kereta berada dalam keadaan yang sesuai. Ini kerana, ia bukan sahaja boleh boleh memberi kesan kepada prestasi pemanduan, malah boleh menjejaskan pengendalian kereta anda.

1. Lihat isipadu angin yang sesuai pada tayar anda di bahagian pintu sebelah pemandu.

2. Pastikan ikur bacaan yang tertera pada “Tire-Loading Information” untuk tayar hadapan dan belakang.

3. Set pam angin dengan jumlah yang sesuai untuk tayar anda.

4. Isi sehingga mesin pam angin berbunyi “pip pip”

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda mengetahui tekanan angin tayar kereta anda!

Video penuh:

@aiyootan

Percaya atau tidak masih ramai yang diluar masih tidak tahu cara isi angin tayar 🤔 Jadi jangan malu untuk tanya❗️ Aiyootan tunjukkan tips cara mudah untuk isi angin 🥰 Follow like and shared guys #tips #carapamangintayar #usedcardealer #johorbahru #usedcarjohorbahru #toyota #vios #viosdugong #kerjakosong #jb #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #urgenthiring

♬ Che La Luna – Louis Prima

Sumber: TikTok @aiyootan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×