Pernah tak buka peti sejuk sahaja mesti ada bau yang tidak menyenangkan. Mesti kita ingat ada makanan basi ataupun makanan yang kita dah tak nak makan pun ada dalam peti ais. Kadang-kadang itu, tak faham juga kenapa masih nak simpan makanan itu walaupun tak makan. Mungkin lupa?
Masalahnya, bukan saja bahan makanan yang sudah expired ini mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, tetapi sisa makanan yang mengeluarkan aroma yang kuat juga boleh menyebabkan satu peti sejuk berbau busuk. Oleh itu, seorang pengguna TikTok @jason_jezi telah berkongsi bagaimana nak buangkan bau busuk.
Baca juga: Resipi Puding Mangga Viral, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!
CARA HILANGKAN BAU BUSUK DALAM PETI AIS
Pasti ramai yang mengalami masalah bau busuk dalam peti sejuk kan? Ada yang menyangka bau busuk berpunca dari sisa-sisa makanan yang disimpan dan makanan-makanan lain. Namun bila sudah dicuci, peti tetap berbau.
Bukan itu sahaja, bila anda leka atau malas untuk bertindak walaupun sudah terhidu bau dari peti sejuk, anda akan mengundang bakteria dan kuman untuk terus membiak di dalamnya. Jika tidak menghapuskan makanan yang rosak segera, udara dingin di dalam peti sejuk akan mengalihkan kulat dari makanan ke semua bahagian peti sejuk.
Tak perlu risau, sebenarnya ada cara menghilangkan bau peti sejuk ini dengan hanya menggunakan bahan semulajadi tanpa menjejaskan bau dan rasa pada makanan yang disimpan. Caranya adalah dengan membeli tisu golong dan letakkan ke dalam peti sejuk!
Kenapa pula nak guna tisu? Tisu di percayai menjadi agen yang boleh menyerap bau busuk dalam peti ais yang berbau. Oleh itu, walaupun bau sudah tiada, jangan lupa pula nak cuci peti ais. Jangan biarkan peti ais kita dicemari dengan kuman.
Tidak percaya? Cubalah dulu dan tengok macam mana.
Video penuh:
@jason_jezi Peti sejuk tak busuk lagi😘 betul2, share kpd kawan2 #TikTokGuru #learnontiktok #jezismart #tips #jombelajar #viral
Sumber: TikTok @jason_jezi