Dapur

Resipi Puding Mangga Viral, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

98
SHARES
puding mangga

Sekarang musim panas, memang best dapat makan pencuci yang sedap dan sejuk. Mesti lega tekak bila dah makan. Tapi nak buat pencuci mulut apa pulak ya?

Kalau tak ada idea buat pencuci mulut apa, Mr. Ali telah berkongsi di halaman Facebooknya tentang resipi puding mangga. Like dan share pun banyak! Mesti sedap ni!

Baca juga: 8 Resepi Sup Sihat Yang Anda Kena Cuba, Senang & Kenyang!

RESEPI PUDING MANGGA

Memang mudah je nak buat. Anda pun boleh cuba!

Bahan-bahannya

– Loyang petak 8 inci

Lapisan pertama (putih)

– potong dadu 4-5 biji mangga. Nak kurangkan pun boleh.
– 8 gram agar – agar tali
– 3 cawan air
– 50 gram gula
– 130 gram susu segar
– 30 gram dairy whipping cream

Lapisan kedua (kuning)

– 300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga .sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus.Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga dan dah blend sila tapis)
– 8 gram agar-agar tali
– 3 cawan air
– 30 gram gula
– 130 gram susu cair
– 30 gram dairy whipping cream
– 3 sudu makan sunquick mangga

Cara-caranya:

 

Lapisan Pertama (putih)

1. Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing2. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.

2. Letak atas api sederhana 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air.

3. Biarkan mendidih & agar2 tali tadi terurai , masukkan 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.

4. Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.

5. Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan2 keatas mangga yg diletakkan dalam loyang tadi

6. Setkan dalam peti

Lapisan Kedua (kuning)

(dalam 3-4 biji mangga)
1. Api sederhana, masukkan 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air

2. Bila mendidih masukkan 30 gram gula.

3. Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga & 3 sudu makan sunquick mangga

4. Kacau sebati & biarkan mendidih selama 2-3 minit. Tutup api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan keatas lapisan putih tadi. Sebelum tuang cucuk2 dulu pakai garpu agar lapisan melekat & tak terpisah.


5. Setkan dalam 3-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk.

Dan dah siap! Selamat mencuba dan confirm best makan time sejuk-sejuk!

Sumber: Facebook Mr. Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×