Dapur

Resepi Kuah Puding Mangga Kastard 3 Bahan, Memang Ngam Rasa Lemaknya!

40
SHARES
resepi puding mangga kastard

Nak buat puding mangga kastard, kuahnya mesti lah serba-serbi cukup rasa lemak dan masam manisnya. Sebagaimana resepi puding mangga kastard yang dikongsikan ini, tekak anda pasti akan rasa puas sekiranya  betul-betul mengikuti tips membuatnya di bawah.

Selain itu, ada juga tips untuk adjust kepekatan kuah apabila terlalu cair atau terlebih pekat. Tunggu apa lagi, jom buat puding mangga kastard!

Baca juga: Resepi MAKARONI GORENG Kaya Rasa & Mudah, Bila Pedas Lagi Sedap!

RESEPI PUDING MANGGA KASTARD

resepi puding mangga kastard

Gambar: Dapur Bonda

Salam, ini bukan masak apa tak jadi. Cuma nak cakap sedap sangat puding mangga kastard ini. Rasa lemak-lemak dari susu cair dan masam manis mangga, memang ngam…buatnya pun senang. Terima kasih pada empunya resipi.

Baca juga: Ibu Buat Dip N Dip Jamuan Sekolah Anak, Sampai Kosong Bekas & Tip Coklat Sentiasa Cair!

Resipi puding mangga kastard

  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air masak ( sukat guna tin susu)
  • 3 sudu besar tepung kastard
  1. Ketiga-tiga bahan ini kacau dulu tanpa letak atas api sehingga tepung kastard sebati dengan bancuhan susu.
  2. Letak atas api dan kacau sehingga likat.
  3. Letak gula dan susu pekat secukup rasa dan sedikit garam untuk naikkan lemak kuah ini.
  4. Apabila sudah likat, tutup api dan biarkan sejuk. Sesekali kacau.
  5. Bila sudah sejuk boleh letak dalam bekas dan letakkan buah-buahan pilihan.

Baca juga: Resipi CAKOI LABU Untuk Bayi Usia Bawah 2 Tahun, Anak Cerewet Mesti Jatuh Cinta!

Tips:

1. Kalau kuah masih cair, bancuh 1 sudu tepung kastard dalam setengah cawan air masak sampai sebati. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuah hingga dapat kepekatan yang diingini.

2. Kepekatan yang biasa saya buat lebih kurang pekat macam santan kara. Kalau terbuat pekat, boleh tambah air atau susu atau biarkan saja. Bila nak makan gaul dengan ketulan ais, lagiiiiii sedap. Seejukkkk dekat tekak!

Baca juga: Resepi KUAH LAKSA UTARA ‘Portion’ Besar Buat Berniaga, Sesuai Untuk 500 Pax!

Sumber: Dapur Bonda

FT Image: Dapur Bonda / jcomp

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×