Dapur

Ibu Buat Dip N Dip Jamuan Sekolah Anak, Sampai Kosong Bekas & Tip Coklat Sentiasa Cair!

26
SHARES
makanan ringan jamuan sekolah

Kalau nak bekas jamuan sekolah kosong licin masa anak bawa pulang nanti, apa kata anda buatkan makanan ringan ala Dip N Dip seperti idea Nor Atika Nazirah ini. Pasti kawan-kawan anak anda tidak akan menolak dengan idea makanan ringan jamuan sekolah anak ini nanti.

Bukan anak-anak sahaja gembira, diri anda yang menyiapkan juadah ini pun pastinya berbunga-bunga!

Baca juga: Resipi CAKOI LABU Untuk Bayi Usia Bawah 2 Tahun, Anak Cerewet Mesti Jatuh Cinta!

MAKANAN RINGAN JAMUAN SEKOLAH ANAK

makanan ringan jamuan sekolah

Gambar: Nor Atika Nazirah

Kalau nak tahu menu makanan ringan ala Dip N Dip ini amat mudah disediakan. Ia memerlukan beberapa jenis biskut dan coklat pencicah sahaja.

Tambahan pula, puan Atika ada berkongsikan tips untuk pastikan coklat pencicah sentiasa cair dan tak keras. Jom lihat perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Resepi KUAH LAKSA UTARA ‘Portion’ Besar Buat Berniaga, Sesuai Untuk 500 Pax!

Ini sahaja lah mampu buat untuk jamuan sekolah anak kali ini. Sebab emaknya memanjang sibuk ambil order dari sebelum puasa, waktu puasa dan lepas puasa lagilah sibuk.

Dip N Dip Biskut Cicah Coklat Beryl’s

Cakap dengan anak-anak, nak tak ibu buat Dip N Dip biskut-biskut cicah coklat. Ingat nak beli strawberry tapi cs pula habis, geram pula sis.

Time tak nak jual, time kita nak itulah dia tak ada strawberry. Itu pun anak-anak gembira balik rumah cakap semua kawan-kawan makan sampai cikgu pun join sekali. 

Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!

Baca juga: Tips ‘FROZEN’ BUAH-BUAHAN Dari Pegawai Teknologi Pemakanan, Elok Je Tak Lebam!

Tips coklat sentiasa cair & tak keras

Pakai coklat beryl’s + tambah sikit minyak sebab nak bagi coklat itu sentiasa cair. Bila anak-anak nak makan tidaklah keras coklat itu.

Paling penting biskut-biskut semua dalam ini memang sedap cicah dengan coklat. Ibu pun sempat rasa tadi, sedappp!!! Itu belum ada strawberry lagi…

Baca juga: 3 Resipi INTI KUIH ROPA Yang Popular, Buat Semua Je Baru Banyak Pilihan!

Sumber: Nor Atika Nazirah

FT Image: Nor Atika Nazirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×