Dapur

Tips ‘FROZEN’ BUAH-BUAHAN Dari Pegawai Teknologi Pemakanan, Elok Je Tak Lebam!

2
SHARES
tips frozen buah-buahan

Proses membekukan (frozen) makanan bukanlah perkara asing dalam masyarakat kita, kerana ia dapat membantu makanan untuk bertahan dalam satu tempoh yang lama. Ayam, daging, sayur-sayuran dan daun herba antara yang paling kerap dibekukan. Jadi, kali ini penulis ingin berkongsikan pula tips frozen buah-buahan dan kaedah untuk buah tidak bertukar lebam.

Tips frozen buah-buahan ini adalah dari Puan Noor Hafiza Mohamad, yang telah belajar dari rakannya yang juga seorang pegawai teknologi makanan. Jom ikuti tips frozen buah-buahan di bawah.

Baca juga: 3 Resipi INTI KUIH ROPA Yang Popular, Buat Semua Je Baru Banyak Pilihan!

TIPS FROZEN BUAH-BUAHAN

tips frozen sayur-sayuran

Gambar: Noor Hafiza Mohamad

Hasil FROZEN buah, herba masakan dan bawang di peti beku.

Kalau dulu kita biasa simpan beku ikan dan daging. Beberapa tahun lepas kita dapat ilmu bekukan herba masakan pula seperti serai, halia, lengkuas, kantan, kesum, daun bawang, carrot dan banyak lagi.

Baca juga: Resepi Sos Spageti Frozen, Boleh Tahan 2 Tahun Tanpa Perubahan Rasa!

6 tahun lepas saya dapat tips frozen buah dari kawan seorang pegawai teknologi makanan. Saya tak buat masa itu sebab peti saya kecil.

Sejak balik menetap di kampung, barulah saya apply cara itu sebab dapat banyak sangat buah-buahan dari orang tua, jiran dan saudara mara. Dari ada sebiji peti sejuk side by side, beli pula deep freezer 100 liter.

Saya pun dah mula tanam sendiri, tetap juga petik dan simpan di peti sejuk. Kadang malas juga nak ke belakang rumah petik daun pandan/serai/lengkuas.

Faham-faham lah orang perempuan nak keluar laman rumah pun kena sauk baju cardigan dan tudung. Banyak itu alasan yang anda kena tahu.

Baca juga: Rupanya Ada Cara Lebih Berkesan Nyahbeku Bahan Mentah, Sepantas Kilat Dah Cair!

Baca juga: Resipi LONTONG GORENG Enak, Jom Habiskan Stok Nasi Impit Yang Banyak Di Rumah!

Tips frozen buah-buahan & elak lebam

tips frozen buah-buahan

Gambar: Noor Hafiza Mohamad

Menjengah di ruangan komen, Puan Hafiza ada berkongsikan tips membekukan buah-buahan. Cara-caranya adalah:

  1. Susun buah-buahan (naga, nangka, tembikai) yang telah dipotong kecil isinya di dalam bekas atau plastik kedap udara.
  2. Kemudian, boleh simpan di dalam peti sejuk beku.

Puan Hafiza juga berkongsikan tips untuk elak buah pisang menjadi lebam. Caranya adalah dengan menabur gula seperti di dalam gambar di atas.

Baca juga: Cara Bakar Biskut Guna Kuali, Tak Ada Ketuhar ‘No Problem’ & Cantik Kejadiannya Tau!

Jenis-jenis buah yang boleh dibekukan

tips frozen buah-buahan

Gambar: Noor Hafiza Mohamad

Menurut Puan Hafiza lagi, tujuan makanan dibekukan untuk simpan lebih lama makanan yang tak mampu dihabiskan dalam tempohnya. Selain itu, dia juga banyak belajar dari mentuanya yang selalu menyimpan buah mangga atau kuini untuk dibuat sambal belacan.

Tambahnya lagi, buah durian, cempedak dan nangka antara buah yang paling best untuk dibekukan!

Baca juga: Mudahnya Buat JERUK MAMAN, Menu Ringkas Popular Orang Lama & Anda Kena Rasa!

Sementara itu, di ruangan komen pula ramai yang menyatakan turut sama mengikuti kaedah Puan Hafiza untuk menyimpan isi buah durian, cempedak, durian belanda, nangka, rambutan, dokong, bacang dan kelapa pandan.

Baca juga: Koleksi 6 Jenis Resipi Paprik Sedap & Mudah, Macam-Macam Ada!

Sumber: Noor Hafiza Mohamad

FT Image: Noor Hafiza Mohamad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×