Dapur

Resepi Sos Spageti Frozen, Boleh Tahan 2 Tahun Tanpa Perubahan Rasa!

153
SHARES
resepi sos spaghetti frozen

Spageti atau spaghetti merupakan pasta yang dihasilkan daripada gilingan gandum dan air. Terdapat pelbagai hidangan berasaskan spaghetti yang boleh dinikmati bersama salutan sos. Kali ini, penulis ingin berkongsi resepi sos spaghetti frozen yang boleh tahan sehingga 2 tahun lamanya tanpa perubahan rasa!

Jom, cuba buat resepi sos pasta ini seperti dikongsikan oleh Puan Erni Abu Samah di bawah.

Baca juga: Resepi Aiskrim Vanilla Homemade, Mudah Nak Buat & Pastinya Sedap!

RESEPI SOS PASTA, FROZEN 2 TAHUN TANPA PERUBAHAN RASA!

resepi sos spaghetti frozen

Sementara ada mood ni kita buatlah sos spaghetti frozen standby untuk Ramadhan. Biasa dah hujung-hujung tak lalu dah nak makan nasi.

Frozen tu boleh tahan 2 tahun tanpa perubahan rasa. Nak kupas kulit tomato tu yang malas. 6 kilo dapat buat 5 kali makan. Tinggal tumis daging cincang ja nanti baru masukkan sos segera. Bahan lain semua dah ada dalam sos tu.

Kalau ramai nak resepi nanti free sikit saya edit ya. Pagi ni sibuk sikit. Ini kalau retort ni boleh buat business ni. Rasa lagi sedap berganda dari brand terkenal dalam botol hehe perasan kejap.

RESEPI SOS SPAGHETTI FROZEN

BAHAN-BAHAN:

  • 7kg tomato merah buang kulit dan biji.
  • 5 biji bawang besar didadu.
  • 15 biji garlic dipecahkan dan didadu.
  • Oregano, parsley, basil yang serbuk kering – 2 sudu besar each.
  • 2 susu besar chili flakes.
  • 2 sudu besar lada hitam.
  • Bay leaves (daun salam)
  • 2 tin besar tomato puri.
  • 2 tin cendawan hiris (optional) taruk masa 1/2 jam terakhir

Baca juga: Resepi Mac & Cheese Paling Senang, Sebekas Tak Cukup!

CARA PENYEDIAANNYA:

resepi sos spaghetti frozen

  1. Panaskan sedikit minyak jagung.
  2. Tumis onion and garlic , jangan garing, cukup layu je.
  3. Masukkan tomato yang diblender halus.
  4. Masukan 2 tin tomato puri.
  5. Garam 3 ke 4 sudu besar.
  6. Gula 2 sudu besar.
  7. Lada hitam dan herbs.
  8. Atas api kecil dalam 2 jam. Kurang 2 jam sikit pon boleh.
  9. Simpan dalam freezer boleh tahan 6 bulan. Peket kecil-kecil. Saya biasa boleh simpan 2 tahun kalau masak 2 jam. Rasa lagi sedap

NOTES!

resepi sos spaghetti frozen

  • Bila nak makan hanya perlu tumis daging cincang, tambah sos diatas, adjust garam or tambah beefball.
  • Boleh jadi sos lasagna or pizza.
  • Tak buang kulit dengan biji pon boleh tapi tak sedap sangat.
  • Nak buang kulit kelar X kat tomato. Celur dalam air menggelegak sampai nampak kulit terkoyak. Kupas macam pisang. Jangan lama nanti lembik.

Selamat mencuba!

Sumber: Erni Abu Samah via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×