Dapur

Resepi Sizzling Spaghetti Buttermilk & Popcorn Chicken, Hidang Guna Hot Plate

21
SHARES

Kalau di rumah anda sudah mempunyai ‘hot plate’ dan telah lama ia tidak digunakan, apa kata anda cuba resepi hidangan ini pula. Kali ini penulis bawakan dua jenis resepi iaitu Sizzling Spaghetti Buttermilk Chicken dan Popcorn Chicken yang dikongsikan oleh Puan Nurha Muhammad.

Kebiasaannya hot plate ini akan mengeluarkan bunyi mendesis ketika suhunya cukup panas dan pastinya akan menggamit selera orang yang mendengar, apabila sesuatu makanan dimasak di atasnya. Jadi, jom cuba!

Baca juga: Resepi Kimchi Air Tangan Ibu Orang Malaysia, ‘Sebijik’ Rasa Macam Makan Di Korea!

HIDANG GUNA HOT PLATE BARU SEDAP NAK MAKAN PANAS!

Baru beli hot plate ni, jadi omak pun cubalah resepi sizzling spaghetti buttermilk with popcorn chicken.

RESEPI SIZZLING SPAGHETTI BUTTERMILK:

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pekat spagetti Balducci.
  • 9 ulas bawang putih (cincang halus).
  • 3 tangkai daun kari.
  • 4 biji cili padi merah ( hiris halus).
  • 100g mentega.
  • 1 tin susu cair.
  • 1 cawan susu full cream.
  • 2 sudu teh serbuk pati ayam.
  • Sedikit lada sulah & lada hitam berperisa
  • 2 keping keju cheddar.

CARA-CARA:

1. Didihkan air. Masukkan 2 sudu teh garam dan rebus spagetti hingga lembut anggaran 10-12minit.

2. Setelah masak, tos dan ketepikan.

3. Dalam kuali, cairkan mentega. Tumis bawang putih, cili padi merah & daun kari hingga wangi.

4. Masukkan susu cair dan susu full cream. Perisakan dengan serbuk pati ayam, lada sulah dan lada hitam berperisa.

5. Apabila mendidih masukkan keju cheddar dan kacau hingga mencapai kepekatan yang diingini.

RESEPI POPCORN CHICKEN

BAHAN-BAHAN:

  • 2 keping dada ayam hiris dadu.
  • 2 sudu besar tepung goreng ayam pedas.
  • 3 sudu besar tepung goreng ayam asli.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 1 sudu besar tepung beras.

CARA-CARA:

1. Larutkan 1 sudu besar tepung goreng ayam pedas dengan sedikit air. Perap ayam dalam adunan selama 30 minit.

2. Dalam bekas berasingan, satukan tepung goreng ayam pedas, asli, tepung jagung & tepung beras. Kacau sebati.

3. Panaskan minyak. Celup isi ayam ke dalam adunan tepung kering dan goreng hingga masak.

CARA MENGHIDANG DI ATAS HOT PAN!

Cara menghidang:

1. Panaskan kuali hot plate.

2. Masukkan spagetti untuk satu portion ke dalam hot plate dan tuang kuah buttermilk ke atas spagetti.

3. Sedia dihidang bersama popcorn chicken.

Selamat mencuba.

#balducci #masakspesialhariini #resepimaklokal

Sumber: Facebook Nurha Muhammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×